Saturday, June 11, 2011

KUCING, SARAWAK

Photobucket - Video and Image Hosting
Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang paling cantik dan menarik untuk dilawati oleh pelancong seantero dunia. Dengan pertumbuhan pembangunan dan pemuliharaan kehijauan alam yang seimbang, Kuching bakal menjadi salah satu destinasi pelancongan yang wajib dilawati. Keindahan alam semulajadinya yang menarik dan banyak pasti membuatkan para pelancong rasa teruja untuk kembali lagi ke sini.

Photobucket - Video and Image Hosting
Banyak juga kawan-kawan saya dari Semenanjung bertanya, selain Kampung Budaya, Muzium Sarawak dan Astana etc... apalagi tempat menarik yang ada di Kuching? Ok...Buat pengetahuan semua, saya sendiri , walaupun tinggal di Kuching dan merupakan anak jati Kuching, juga masih belum menjelajahi keseluruhan tempat-tempat menarik di Kuching. Sekiranya atas urusan kerja atau membawa pelancong untuk ke tempat-tempat tertentu barulah saya dapat untuk menjenguk destinasi yang menarik di Kuching ni. Bagi tempat-tempat yang biasa kita dengar seperti Kampung Budaya, Waterfront dan Fort Margherita.. itu adalah destinasi yang memang sudah terkenal jika disebut tentang Kuching. Sebenarnya masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati di sini.

Photobucket - Video and Image Hosting
Sekiranya anda minat bershopping, lokasi-lokasi seperti India Street, Parkson Grand, Sarawak Plaza, Hopoh, Tun Jugah dan lain-lain (banyak sangat susah nak type semua) bakal anda lawati. Bagi mereka yang sukakan keindahan alam, tempat-tempat seperti Bako National Park, Kubah Wildlife, Damai Beach Resort ( dekat Gunung Santubong), Gunung Gading National Park, Lundu dan banyak lagi. Anda boleh lawati laman web ini untuk keterangan lajut kawasan yang anda ingin lawati... Sarawak Tourism .

Photobucket - Video and Image Hosting
Banyak lagi tempat-tempat menarik yang dapat anda lawati di Kuching ni. Berkunjunglah ke Kuching, ianya pasti menakjubkan anda. The Land Of Hornbill. Jangan takut dengan Head Hunter Culture. Kerana budaya tersebut sudah beratus-ratus tahun sudah ditinggalkan. Hanya tinggal kenangan yang anda boleh lihat sekiranya anda melawat ke Rumah Panjang orang-orang Iban.
Sekiranya anda ingin melawat Kuching dan memerlukan bantuan saya anda boleh email terus kepada saya . Saya akan membantu anda dalam lawatan yang pasti menjadi ingatan paling manis buat anda.

peristiwa di hari sukan sekolah

Pada tahun ini, sekolah saya telah dipilih menjadi tuan rumah pertandingan bola jarring peringkat daerah. Seminggu sebelum pertandingan bermula, saya dan beberapa orang rakan telah dipilih untuk membantu guru-guru membuat persiapan. Kebanyakan daripada yang dipilih untuk membantu guru merupakan pelajar daripada tingkatan empat. Ini kerana, guru-guru tidak mahu mengganggu pelajar tingkatan tiga dan lima yang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun ini.
Setelah semua persiapan selesai disusun, maka pada hari Isnin bersamaan dengan 29 Mac 2009 pemain bola jaring dari 24 buah sekolah telah datang ke sekolah kami untuk bertanding merebut kejuaraan pada tahun ini. Sebagai anggota persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), saya dan beberapa orang rakan terpaksa bertugas di sepanjang masa pertandingan dijalankan. Kmai telah ditempatkan di satu khemah yang berdekatan dengan semua gelanggang pertandingan. Ini memudahkan lagi proses memberikan rawatan atau memberikan ubat kepada mana-mana peserta yang mengalami kecederaan ringan mahupun berat.
Sepanjang hari Isnin, pertandingan peringkat awal telah dijalankan. Pada hari Selasa pula diadakan pertandingan suku akhir, sementara pada hari terakhir kejohanan iaitu pada hari Rabu, diadakan pertandingan separuh akhir dan pertandingan peringkat akhir. Saya dan rakan-rakan berasa gembira apabila mendapati cuaca pada pagi itu agak redup. Keadaan ini membolehkan kami menjalankan tugas dengan lebih selesa dan tidak cepat berasa dahaga. Menjelang pukul sepuluh pagi,pertandingan akhir pun dimulakan. Tetamu kehormat yang telah dijemput, iaitu Pegawai Pelajaran Daerah Serian telah pun sampai dan kini duduk di khemah utama yang terletak berhadapan dengan gelanggang pertandingan akhir.
Sejurus kemudian, awan mendung yang meliputi langit kelihatan semakin menebal. Suasana ini menyebabkan keadaan sekeliling menjadi agak gelap walaupun jarum jam baru menunjukkan ke angka 10.30 pagi. Namun begitu, keadaan ini tidak mematahkan semangat para peserta yang menunjukkan semangat juang dan persaingan pertandingan ynag sungguh jitu. Pemain kedua-dua pasukan iaitu daripada pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Taee dan Sekolah Menengah Kebangsaan Serian bermain dengan bersungguh-sungguh. Mereka saling berbalas jaringan. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan sudah pasti amat mengagumkan.
Cuaca semakin gelap dan angina mula bertiup dengan kencang. Tiba-tiba papan markah tumbang ditiup angin yang semakin kencang. Khemah tempat kami berteduh juga bergoyang-goyang akibat ditiup angin kencang. Perasaan cemas saya pendamkan di dalam hati. Saya sungguh terkejut apabila khemah tempat kami berteduh diterbangkan angin lalu tumbang beberapa meter dari tempat asalnya. Beberapa orang daripada kami telah pun berlari keluar dari kawasan padang sekolah untuk mencari tempat berteduh. Saya juga tidak terkecuali.
Akhirnya, upacara penyampaian hadiah dilakukan do kantin sekolah setelah semua hadiah yang basah kami lap sehingga kering. Yang melucukan adalah apabila semua yang terlibat dalam acara sukan ini menjadi basah kuyup oleh hujan. Namun demi semangat kesukanan yang berkobar-kobar di hati kami, acara penutup tetap diteruskan juga. Malah, semasa mengambil gambar sebagai tanda kenangan, semua yang terlibat kelihatan tersenyum riang walaupun masing-masing berada dalam keadaan kesejukan dan basah kuyup.
Sesungguhnya, itulah peristiwa malang tetapi sangat manis dan istimewa yang tidak dapat saya lupakan sejak saya menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah dan bertugas dalam pelbagai kejohanan selama ini.

pelajar ponteng sekolah


Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massa apabila Pengarah Pelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa 50% pelajar di sebuah sekolah ponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang Timbalan Menteri menyatakan bahawa guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca utama peningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah ini. Persoalannya, benarkah guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca mengapa pelajar ponteng? Persoalan inilah yang akan dikupasdalam rencana ini disamping akan turut dicadangkan langkah-langkah menangani fenomena negatif ini.

Punca utama pelajar ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru. Mereka beranggapan bahawa hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengahari disamping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok-seronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video.

Kurangnya pemantauan ibu bapa juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berani untuk ponteng sekolah. Sebilangan ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari nafkah tambahan bagi anak-anak mereka sehingga mereka tidak menyedari serta mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka di luar rumah. Keadaan menjadi semakin rumit apabila sesetengah ibu bapa enggan dating ke sekolah bagi membincangkan permasalahan anak mereka. Ini menyulitkan lagi proses untuk menangani pelajar-pelajar yang bermasalah seperti ini.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak pandai mengajar atau tidak menunjukkan kesungguhan di bilik darjah sehingga meembuatkkan pelajar bosan lalau ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap seperti ini sangat kecil. Hal ini dibuktikan oleh Dt. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani Khairi, dua orang pensyarah pendidikan di Universiti Malaya dalam kajian mereka tentang punca pelajar ponteng di beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Klang. Dalam kajian yang melibatkan 125 orang pelajar yang pernah ponteng sekolah, hanya 10 orang pelajar yang menyatakan bahawa mereka bosan dengan cara pengajaran guru. Yang lain-lain menyatakan bahawa mereka ponteng kerana kurangnya minat untuk belajar, suka mengikut kawan-kawan dan tidak kurang juga yang melakukan kerja sambilan.

Biar apapun puncanya pelajar ponteng sekolah, perkara penting yang patut difikarkan adalah cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Ibu bapa perlu memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk mengatasi fenomena ini. Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk, mendidik serta mengawasi anak-anak mereka kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mereka juga harus memainkan peranan dalam mengawasi kegiatan anak mereka di luar sekolah. Jika tidak, anak-anak mereka akan menjadi tidak terkawal dan bebas untuk berkeliaran di luar sekolah.

Kesimpulannya, fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani. Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akan berkurangan. Semua pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini.

Thursday, June 9, 2011

Penjagaan Kesihatan Manusia

Manusia




Kesihatan sangat penting untuk menjamin kehidupan yang ceria.
Huraikan langah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjaga dan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti ada penyakit kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain. ada pelbagai langkah yang boeh diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap kesihatan yang baik.

Aspek pemakanan amat penting dalam menjamin kesihatan yang baik. Seseorang harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupannya. Diet yang seimbang memastikan tubuh badan seseorang memilikii semua zat-zat yang diperlukan oleh seseorang itu. Jadi, pemakanan yang sebegini memberikan tahap kesihatan yang baik.

Selain tu, seeseorang harus mengamalkan aktiviti senaman yang tetap. Tindakan melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu menyebabkan tubuh badan seseorang berfungsi dengan baik kerana semua toksik telah dikeuarkan menerusi peluh. Rasa tekanan atau stres turut berupaya dihilangkan menerus senaman yang dilakuan itu. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik kita harus melakukan senaman yang konsisten.

Seseorang itu harus memiliki waktu tidur yang cukup terutama apabila umur mereka semakin meningkat. Tidur yang cukup ini memastikan badan seseorang menerima rehat yang secukupnya selepas penat bekerja terutama di pejabat. Keadaan ini turut memberikan seseorang itu tenaga untuk meneruskan aktivitinya pada esok hari. Maka, waktu tidur yang secukupnya memberi ruang kepada seseorang itu untuk terus memiliki kesihatan yang baik.

Malahan, pemeriksaan kesihatan yang dibuat sepanjang tahun boleh memberi satu perspektif yang baik tentang tahap kesihatan seseorang itu. Pemeriksaan yang kerap ini menyebabkan seseorang itu mengetahui keadaan kesihatan badan mereka dan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan mereka dalam keadaan yang seimbang. Sesungguhnya, pemeriksaan kesihatan yang kerap akan memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Kesimpulannya, kesihatan amat penting dalam kehidupan seseorang terutama mereka yang sudah berumur. Penjagaan kesihatan yang berkala ini menjamin kebahagiaan kehidupan seseorang. Walaupun seseorang itu berharta tetapi tida memiliki keshatan yang baik, kehidupannya sudah pasti akan sengsara.

punca punca remaja lari dari rumah

Kemelut remaja lari dari rumah telah menjadi satu isu yang sering diperkatakan. Keadaan inii jelas terpapar menerusi siaran media massa yang menjadi isu ini berita utama mereka. Pelbagai pihak memberikan teori atau pandangan mereka mengenai kemunculan kemelut ini dalam masyarakat kita.

Punca yang paling ketara ialah tekanan ibu bapa. Remaja yang lari dari rumah sering menggunakan alasan tekanan ibu bapa sebagai penyebab utama mereka melakukan perbuatan terkutuk ini. Tekanan ib bapa ini dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa untuk memahami keperluan peribadi remaja yang begitu mendesak kini. Ibu bapa sering menyalahkan anak atau tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya kepada remaja. Jadi, kegagalan ibu bapa memainkan peranan mereka menjadi pendorong utama remaja melarikan diri.

Selain itu, remaja lari dari rumah dikatakan berkait rapat dengan pengaruh rakan sebaya. Nasihat yang diberikan oeh rakan sebaya tidak matang dan rasional apabila remaja meluahkan masalah mereka. Keadaan ini berlaku kerana rakan sebaya itu sendiri belum cukup matang dan berpengalaman dalam menangani arus kehidupan yang penuh cabaran ini. Sesungguhnya, rakan sebaya yang memberikan nasihat yang tidak baik akan membawa remaja itu mengambil tindakan untuk melarikan diri.

Remaja lari dari rumah juga dianggap akibat unsur barat yang dipaparkan menerusi media massa terutama media elektronik. Remaja yang suka meniru akan melakukan perkara yang mereka tonton di televisyen tanpa sebarang keraguan lagi. Remaja tidak mampu membezakan lakonan dan realiti kehidupan yang jauh berbeza. Oleh itu, media massa menjadi faktor yang berupaya menimbulkan keinginan remaja untuk lari dari rumah mereka.

Kemelut ini turut dikaitkan dengan sahsiah remaja itu sendiri. Ramai remaja yang tidak mempunyai sikap yang tabah dan positif apabila menghadapi sesuatu kemelut yang melanda diri mereka. Remaja begitu mudah terasa atau berasa sensitif apabila ditegur oleh ibu bapa sehingga sanggup melarikan diri. Jelaslah, keadaan ini membuktikan bahawa masalah ini turut ditentukan oleh sikap remaja zaman ini yang harus lebih kukuh dan tabah.

Kesimpulannya, gejala remaj lari dari rumah ini memang harus ditangani dengan segera demi masa depan remaja kita yang semakin malap ditelan arus kemodenan dunia. Semua pihak terutama masyarakat harus memainan peranan tersendiri dalam menangani kemelut ini. Mungkin kita semua harus menyalahkan diri masing-masing sebelum kita menyalahkan remaja dalam hal ini.

punca bencana alam dan usaha mengatasinya

Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu memusnahkan negara dan penduduknya. Negara kita memang sering dilanda banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan kerana pelbagai faktor yang mendorong keadaan ini mudah berlaku terutama ketiak bumi dikatakan sedang mengalami perubahan cuaca yang drastik dalam tempoh yang terdekat ini. Sesungguhnya, ada banyak faktor yang mendorong keadaan ini dan ada banyak langkah yang boleh diambil untuk membendungnya daripada terus berlaku.

Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar terutama kemusnahan hutan belantara negara. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap menjadi pelindung atau penahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau kerana keupayaannya untuk menakung air dan menyalirkan air dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong dan mendorong mudahnya berlaku semua bencana alam ini. Oleh itu, kemusnahan hutan perlulah dipantau dengan lebih teliti oleh pihak kerajaan.

Malahan, keghairahan negara untuk membangun dengan pesat turut mendorong berlakunya bencana alam ini. Pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan telah menyebabkan sistem ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadian bencana alam daripada tidak berlaku. Manusia menganggap kemodenan mampu menghalang bencana alam berlaku lantas terus menerus menjalankan projek pembangunan tanpa mempunyai rasa takut atau bimbang berlakunya bencana alam di kawasan projek mereka. Justeru, pembangunan yang pesat memang penting tetapi perlulah dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara drastik.

Tambahan pula, sikap kita dalam menguruskan sumber asli terutama penyelenggaran sungai dan pembalakan hutan yang tidak praktikal. Naluri manusia yang sering mengutamakan keuntungan kewangan daripada berfikir secara rasional perkara yang bakal berlaku pada masa depan telah mengundang padah. Semua sumber alam negara akan terus dieksploitasi kerana manusia memang menganggap diri mereka lebih baik dan bijak daripada alam. Jadi, bencana alam akan terus berlaku kerana kegagalan manusia untuk menguruskan sumber alamnya dengan baik.

Sudah pasti langkah yang paling penting dilakukan ialah kerajaan mengetatkan peraturan berkaitan dengan alam sekitar dengan lebih baik. Hukuman yang berat harus dikenakan kepada pesalah-pesalah alam sekitar supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada orang lain. Kerajaan harus menjalankan satu usaha pemeriksaan yang holistik tanpa mengecualikan sesiapa jua dalam pemeriksaan ini. Jika kerajaan tegas dalam hal ini, sudah pasti masalah ini mampu diselesaikan dengan mudah.

Malahan, kempen kesedaran terutama kepada generasi muda harus dilaksanakan. Kempen yang dijalankan itu haruslah sesuai dengan minat dan diri remaja kerana merekalah yang bakal menghuni negara ini serta mampu menyelesaikan masalah ini. Kempen yang dijalankan secara terancang mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang menghargai alamnya lebih baik daripada generasi terdahulu. Jelaslah, kempen yang berkesan mampu menangani isu ini dengan lebih baik.

Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita. Sikap masyarakat yang sambil lewa kerana menganggap alam bukan tanggungjawab mereka telah menyebabkan masalah ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua lupa bahawa setiap kali bencana alam melanda negara ini setiap kali itulah ada nyawa manusia yang melayang..

Langkah-langkah menggalakkan penggunaan batik di Malaysia

Sememangnya batik merupakan warisan budaya negara yang menarik. Sayangnya arus kemodenan dunia telah menelan budaya lama ini sehingga sudah kurang sipemakainya terutama golongan muda. Batik seolah-olah sudah hilang tempatnya dalam masyarakat kita kini. Apakah masa depan batik begitu gelap?
Sebenarnya masa depan batik masih ada sinar terutama jika semua pihak terutama pihak berkuasa memulakan usaha mewajibkan penggunaan batik sebagai pakaian tradisional kepada semua rakyat negara ini. Tindakan ini boleh diwajibkan kepada kaki tangan kerajaan dan pelajar sekolah atau menara gading. Langkah ini juga mampu menarik minat pelancong selain memastikan kesegakan dan keselesaan sipemakainya.
Langkah kedua ialah memberi bantuan kewangan kepada penggiat batik terutama pengusaha batik yang memerlukan modal untuk meluaskan perniagaan mereka. Pemberian pinjaman ini hendaklah mudah tanpa memberi tekanan kepada penggiat batik ketika memohon atau untuk membayar balik pinjaman itu. Ringkasnya, masalah birokrasi hendaklah dihapuskan.
Selain itu, kempen memperkenalkan batik kepada masyarakat negara ini mahupun luar negara hendaklah digiatkan. Kempen ini boleh diseiringkan dengan pertunjukkan fesyen yang menggunakan batik sepenuhnya dalam rekaan pakaian mereka. Kempen ini turut memberi ruang kepada pencipta muda untuk menonjolkan bakat dan kreativiti mereka.
Dalam usaha untuk memastikan batik terus hidup, kerajaan perlu mewujudkan sati institut untuk membuat kajian batik secara menyeluruh. Institut ini berperanan sebagai pusat pengajian tinggi dalam melahirkan pereka batik yang lebih kreatif dan inovatif serta memastikan budaya ini terus hidup. Institut ini juga boleh menjadi pusat kajian kepada pengkaji dalam dan luar negara yang berminat untuk mengkaji batik secara lebih mendalam.
Natijahnya, batik yang menjadi warisan budaya negara ini memerlukan kerjasama semua pihak untuk memastikan budaya ini terus hidup. Kewujudan batik membuktikan kewujudan bangsa kita sendiri. Jadi, batik wajib diselamatkan dan diangkat ke martabat yang lebih tinggi dalam kehidupan kita.