Sunday, September 25, 2011

sajak ayah

Pada pendapat saya,ayah adalah seorang ionsan yang saggup menjaga kita,mencari nafkah buat kita,sanggup ke kerja siang dan malam hanya untuk memberi kita makan dan minum sepanjang hari.karangan ini diambil daripada blog www.jejakasepi91.blogspot.com


AYAH

Pelukan ayah waktu itu
Masih segar terasa
Masih hangat dalam ingatan
Walaupun ayah sudah lama pergi
Wajah ayah yang sentiasa ceria
Selalau bermain difikiranku
Membuat hatiku rindu selalu
Rindu pada setiap kalimah bicaranya
Yang selalu menasihatiku kearah kebaikkan
Hati ini tidak pernah sayu
Sewaktu ayah masih ada
Namun
Kehidupan harus diteruskan
Demi mencapai hasrat ayah
Yang ingin aku berjaya
Dan terus berjaya dalam hidup
Dan membela nasib keluarga
Yang serba kekurangan
Didak akan kuhampakan
Segala kemahuan ayah
Kerna ayah tidak pernah
Menghampakan segala permintaaanku
Walau apapun kupinta ia tetap hulurkan
Terima kasih ayah dirimu tetap ada dalam hatiku
postb by siti nur maisarah

kewajaran larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah

Pada pendapat saya,telefon bimbit ini tidak perlu digunakan oleh pelajar sekolah kerana ini akan membuatkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatiannya ketika berlajar.karangan ini diambil daripada blog www.mindabahasa.wordpress.com


Contoh Karangan Pelajar : Kewajaran Larangan Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita.
Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.
Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.
Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit?
Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat.
Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu.
Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi.
 post by:siti nur maisarah

karangan bagaimana menjadi pelajar cemerlang

Pada pendapat saya,menjadi pelajar cemerlang adalah satu perkara yang ingin direalisasikan bagi setiap pelajar.karangan ini diambil daripada blog www.angelfire.com


Kehidupan dikampus adalah menyeronokkan; tetapi ianya juga penuh dengan suasana
persaingan. Pendidikan yang kamu diperolehi disitu, dan sikap yang terbentuk, akan
membimbing kamu disepanjang hidup kamu. Gred keputusan yang kamu perolehi adalah
sangat penting bagi mendapatkan perkerjaan pertama kamu, atau untuk memohon
melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Untuk menjadi pelajar yang cemerlang
memerlukan beberapa kemahiran tertentu; tetapi, kemahiran ini semuanya dapat dipelajari
dan diamalkan.

Asas sebagai seorang pelajar:

Beri keutamaan dalam hidup: Berjaya dalam pelajaran sepatutnya menjadi
keutamaan tertinggi
Belajar: Tiada jalan lain atau ganti
Sentiasa menghadiri kuliah
Buat semua kerja rumah dan banyakkan membaca: Terutama yang disuruh oleh
pengajar
Bina disiplin diri
Uruskan masa kamu

Disiplin diri:
Mudah saja. Manusia adalah makhluk yang mempunyai tabiat. Oleh itu, bina suatu tabiat dengan memberi
sebab bila melakukan perkara yang perlu kamu buat. Bukankah bodoh jika kelakuan kamu
bertentangan dengan apa yang kamu fikir akan buat? Bukankah menjadi lebih harmoni dan
bahagia jika kamu mendapati diri kamu mahu membuat apa yang kamu tahu kamu patut
buat?
Latihlah diri kamu supaya wujud mekanisma tindakbalas spontan dalam diri kamu: Kamu
mempunyai sebab untuk melakukan sesuatu, dan kamu lakukan nya.
Orang lain yang mudah mendisiplinkan diri mungkin telah berlatih banyak kali.
Pengurusan masa:

Sehari semalam hanya ada 24 jam. Pengurusan masa yang baik memerlukan:
Tidak membuat apa-apa yang lebih dari yang termampu.
Menganggar masa yang perlu bagi menyiapkan sesuatu tugasan.
Membuat yang sebenarnya apa yang diperlukan.
Hanya kamu yang boleh melakukan perkara ini.
· Seminit sekarang adalah sama nilainya dengan seminit kemudian. Kamu tidak
boleh mengundurkan masa.
· Jika kamu tidak menepati jadual, kamu telah ketinggalan.


Muhasabah diri:
Fahami, dan berlaku jujur dengan diri sendiri. Semua perkara lain akan
bergantung dengan hal ini.
Jadilah atlit dan jurulatih serentak: Perhatikan apa yang sedang kamu buat, dan
juga perhatikan diri sendiri.
Jadilah nakhoda kepada, dan juga tanggungjawab untuk, diri sendiri.
Hadapilah segala masalah. Jangan mengelak masalah, ini akan mengundang
bahaya besar.

Memilih program:
Setiap pelajar mempunyai semua atau sebahagian sikap berikut:
Mahu belajar apa yang diajar.
Mahu mendapat gred dan keputusan yang baik.
Tidak kisah dan tidak peduli.

Untuk cemerlang dalam program yang diikuti, adalah tugas kamu sebagai pelajar untuk
melakukan perkara ini:

Belajar apa yang diajar
Kenali pengajar kamu
Beri perhatian kepada cara pengajaran pengajar dalam kuliah, apa yang dititikberatkan dan
ditekankan, dsb. Dapatkan maklumat tentang pengajar dari pelajar lain. Pengajar yang baik
pula, mengajar secara yang tidak mendedahkan dirinya, agar pelajar tidak mudah
mengenalinya, menyebabkan pelajar terpaksa belajar apa yang diajar.
Kerja rumah
Ingatlah bahawa kerja-kerja kamu dinilai dan diperiksa oleh manusia. Oleh itu:
tulis dengan baik, elok dan tersusun.
beri segala komen dan ulasan yang perlu untuk menjelaskan apaapa
yang kamu cuba dan sedang buat
Memudahkan kerja pemeriksa dan penilai akan memberi kamu kelebihan bila
berlaku sebarang keraguan.
· Jangan sesekali berfikir bahawa dengan dapat memberikan jawapan yang betul
kepada kerja-kerja rumah bererti kamu sudah menguasai perkara dan topik
tersebut. Apa yang kamu telah buat ialah menyelesaikan satu masalah tertentu
sahaja; itu tidak bermakna kamu telah mahir dan mampu menyelesaikan semua
masalah berkaitan (seperti masalah yang keluar dalam ujian dan peperiksaan).

Adalah menjadi tanggungjawab kamu untuk melihat kerja rumah yang diberikan
dari sudut yang lebih luas.
· Jika berpeluang, selalulah meneliti jawapan kamu dengan pengajar, walaupun
kamu mendapat markah yang tinggi dalam tugasan yang diberikan. Pengajar
mungkin menunjukkan cara-cara lain atau maklumat berguna yang kamu tidak
pernah terfikirkan.


Peperiksaan

Persediaan awal:
o Susun atur bahan-bahan kamu dalam kategori mengikut kepentingannya
(penting, sederhana penting, kurang penting), dan fokus ulangkaji kamu pada
tajuk-tajuk yang penting. Ingat, pengajar hanya mempunyai masa yang terhad
untuk menguji pengetahuan dan kebolehan kamu. Oleh itu, soalan-soalan yang
akan ditanya dalam peperiksaan tidaklah terlampau sukar, jika tidak ianya tidak
boleh dijawab dalam masa yang ditetapkan. Lima soalan yang perlu dijawab
dalam masa tiga jam memerlukan masa lebih kurang 35 minit bagi setiap soalan.
o Belajarlah dalam cara yang paling sesuai dengan diri kamu
Belajar dalam kumpulan atau bersendirian bergantung pada
cara mana yang terbaik bgi kamu.
Buat kerja-kerja yang paling berat dan penting pada masa dan
ketika yang kamu boleh melakukan yang terbaik.
o Ringkaskan bahan-bahan atau topik-topik yang diajar menggunakan
perkataan kamu sendiri. Ini bukan sahaja memaksa kamu meneliti bahan-bahan
yang diajar dengan lebih mendalam, tetapi juga memudahkan rujukan semasa
mengulangkaji sebelum peperiksaan.
o Jangan ambil risiko: Hafal lebih banyak lagi perkara dari apa yang disuruh
oleh pengajar. Bawa mesin kira, pembaris, pemadam dll walaupun tidak
diperlukan.
o Belajar dan buat semua soalan-soalan peperiksaan yang lalu. Jika pengajar
memberi soalan-soalan yang hampir serupa, kamu akan bernasib baik. Tetapi
kamu jangan sesekali fikir bila telah boleh menyelesaikan semua soalan
peperiksaan yang lalu, kamu telah memahami semua bahan-bahan yang diajar
dan boleh berjaya dalam peperiksaan.
o Bawa jam atau jam tangan sendiri.
o Lawan darah gemuruh dan cemas: Yakinkan diri bahawa apa yang kamu
boleh buat ialah apa yang kamu boleh buat; tetapi jangan sesekali jadikan kamu
berpuas hati. Tanamkan keinginan untuk membuat yang terbaik sepanjang masa
peperiksaan.

Memulakan peperiksaan:

o Baca arahan kepada calon dengan menyeluruh dan berhati-hati.
o Gunakan masa membaca kertas soalan untuk membaca soalan-soalan sahaja.
Ramai pelajar yang tidak menggunakan masa ini dengan sebaik-baiknya. Buat
keputusan mengenai soalan mana yang akan dijawab, jika ada pilihan.
o Jangan menjawab dalam turutan tertentu. Malah, jawab semua soalan yang
kamu yakin boleh dijawab dengan cepat dan tepat. Tumpuan harus diberikan
kepada bahagian soalan yang dapat memberikan kamu markah mudah.
o Sebelum menulis jawapan, fikir dengan mendalam. Mungkin ada cara lain
yang mudah mendapatkan jawapan, dan ini boleh menjimatkan masa.
o Buat hanya apa yang diminta. Jangan buat perkara yang tidak mendatangkan
manfaat dan membuang masa, saperti menulis semula soalan (jika tidak diminta
berbuat demikian).
· Melangkah maju melalui peperiksaan. Setiap detik berlalu, semakin banyak
markah terkumpul.
· Selalu lah menulis sesuatu yang bermakna bagi setiap masalah, walaupun
sedikit.
· Berhubung lah dengan pemeriksa, terutama jika masa sudah suntuk. Tulis
langkah-langkah yang kamu akan ambil jika kamu ada masa untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
· Tunjukkan langkah-langkah dan fakta-fakta dengan jelas, ini akan
membolehkan kamu mendapat markah tambahan.
· Tulis dengan jelas, terang dan teratur.
· Jawab soalan subjektif kalau boleh saperti yang diterangkan semasa kuliah atau
dalam buku. Memberi pendapat sendiri adalah bagus, tetapi dikhuatiri
bercanggah dengan pendapat pemeriksa.
· Semak semua jawapan jika masa mengizinkan.

Cadangan tambahan:
1. Kemas dan mudahkan pengetahuan kamu: Ambil langkah untuk memahami
bahan-bahan yang diajar dengan cara pemahaman kamu, mungkin melibatkan
hubungkait yang tidak diterangkan dalam syarahan atau buku.
2. Ingat, hampir semua topik adalah mudah asas nya. Cuba fahami hubungkait
yang mudah antara topik yang diajar.
3. Cuba belajar prinsip dan cara yang asas.
4. Belajar sebanyak mungkin cara menyelesaikan masalah.
5. Tanya diri sendiri: Mengapa pengajar tidak buat begini atau begitu? Cari idea
sendiri. Fahami topik dengan mendalam.
6. Cara belajar yang paling baik ialah dengan mengajarkannya kepada orang lain.
Adakah kamu memahami topik yang diajar sehingga boleh menerangkannya
dengan jelas dan lengkap kepada orang lain?
7. Belajar dengan cara memerhatikan orang lain. Perhatikan cara orang lain buat,
dan fikirkan cara untuk menggunakan cara itu untuk diri sendiri.
8. Jadilah seorang yang bekerja dengan teratur, kemas, menulis dengan baik dan
mudah dibaca, berhati-hati dan cermat, tepat, berpengetahuan dan boleh diharap,
pada masa yang sama juga, kreatif, spontan, imiginatif, pintar, cerdik, petah dan
berhemah tinggi, dan fleksibel. Mentaliti pertama menekankan tentang cara, dan
seterusnya berbuat yang terbaik apa yang telah diketahui cara untuk
melakukannya; mentaliti kedua menekankan tanpa cara, dan seterusnya
mengembang setakat termampu. Ambil yang terbaik dari mentaliti tersebut, yang
mana sangat berguna jika terdesak kelak. Mentaliti pertama sangat bergantung
kepada kemahiran sediaada, tetapi, mentaliti kedua mungkin gagal untuk
menggunakan kemahiran yang sama.
9. Fikir dan tanya lah tentang setiap perkara. Tetapi, fahamilah bahawa adalah
bodoh untuk menjadi lain dari orang lain hanya kerana mahukan kelainan, dan
juga mengikut apa sahaja orang lain buat tanpa berfikir.
10. Untuk memperoleh kecekapan yang maksima, buat beberapa projek serentak.
Maka, jika kamu berasa letih, kecewa, atau bosan bekerja dengan satu projek,
kamu boleh berpindah ke projek yang lain dengan mudah, ini membuatkan
kamu sentiasa produktif disamping memberi masa kepada masalah semasa
diselesaikan secara tidak sedar.
11. Ramal dan rancang masa depan. Kamu pasti akan diberi tugasan atau
miniprojek, jadi jumpa pengajar awal untuk berbincang sebelum beliau sibuk dan
sukar ditemui.
12. Jangan amalkan tidak tidur malam, tidak kira untuk apa tujuan sekalipun.
Perbuatan ini hanya meminjam hari esok, yang mana hari esok kamu akan jadi
tidak bermaya. Mereka yang tidak tidur malam sebenarnya adalah orang yang
tidak merancang aktiviti mereka.
13. Jika boleh, bawa buku teks ke kuliah.
14. Tulis nota syarahan dengan pensil, sebarang kesilapan dan tambahan dapat
dibuat dengan cepat dan kemas.
Penutup
Umumnya, terdapat suatu sifat yang membezakan pelajar cemerlang dengan yang tidak:

PELAJAR CEMERLANG PAKSA DIRI MEREKA UNTUK FAHAM

Pelajar cemerlang tidak semata-mata pergi kuliah, membaca buku, buat kerja rumah, dan
berharap ini sudah mencukupi. Malah, mereka selalu bertanya pada diri mereka, "Apakah aku
benar-benar memahami apa yang berlaku?" Mereka bertanya pada diri mereka soalan ini
secara jujur, dan menyelami dalam diri mereka untuk mencari sebarang kekurangan dalam
kefahaman, baik yang timbul secara tidak disedari mahupun dari kekeliruan. Dan, jika
jawapan nya adalah "Tidak", maka keadaan itu dianggap sesuatu yang tidak dapat diterima,
dan tindakan meningkatkan lagi usaha akan diambil serta merta.
post by:ainin sofiya

kebaikan dan keburukan menyertai kegiatan kokurikular

Pada pendapat saya,kegiatan ini amat baik terhadap pelajar.tetapi ia terdapat juga kebaikan dan keburukannya.karangan ini diambil daripada blog-ketupat.blogspot.com

Kebaikan dan keburukan menyertai kegiatan kokurikular

Apa erti kegiatan kokurikular? Kokurikulum membawa erti kegiatan yang berada di luar darjah dan selalu nya diadakan di luar waktu sekolah. Kegiatan kokurikular dibagikan kepada tiga bahagian, iaitu bada-badan segaram, sukan dan kelab. Namum begitru, apakah kebaikan dan keburukan kokurikular? Di perenggan selanjutnya akan saya nyatakan kebaikan dan keburukan kokurikular.

Kegiatan kokurikularboleh membentuk moral yang baik. Ia juga boleh mendisiplinkan para pelajar. Contohnya, badan-badan seragam, mereka mengetatkan peraturan supaya par pelajar dilatih unutk berdisiplin, berana dan tegas. Hukuman berat akan dijatuhkan kepada pelajar yang melanggar peraturan kokurikular.

Selanjutnya, kegiatan ini boleh mengeratkan hubungan kawan. Mereka dapat memahami perasaan kawan-kawan yang lain. Contohnya, jika seseorang pelajar menghadapi masalah keluarga, dia akan berbincang dengan rakan-rakan di kelab yang sama. Kegiata kokurikular ini juga mengajar kita supaya hidup bermasyarakat dan bukan hidup bersendirian. Setiap insan perlu pertolongan daripada sesema manusia.

Selain daripada itu, kegiatan ini dapat mencungkil bakat para pelajar. Contohnya, seseorang pelajar mempunyai bakat. Dia mahu menunjukkan bakatnya di hadapan masyarakat. Kegiatan ini boleh meningkat mutu seseorang yang mempunyai bakat. Seseorang itu kan meningkatkan ilmu pengetahuannya seperti menari, menyanyi dan sebagainya.Bakat adalah anugerah daripada Tuhan.

Seterunya, para pelajar dapat mempelajari ilmu baru seperti mengetahu proses alat bantu pernafasan. Pelajar itu akan diajar bagaimana cara menggunakan alat itu. Contohnya, seseorang pelajar itu boleh menyelamatkan nyawa orang lain daripada mati lemas jika dia tahu menggunakan alat pernafasan.

Setiap kebaikan pasti ada keburukannya. Para pelajar boleh mengalami tekanan jiwa, jika pelajar itu banyak meluangkan masnya terhadap kegitan kokurikular. Pelajar itu tidak ada masa untuk belajar. Mungkin dia tidak dapat menumpukan pelajar yang sedang diajar di waktu kelas. Dia berasa letih dan penat dan sukar unutk memahami apa yang guru mengajar di sekolah.

Selain daripada itu, pelajar itu boleh menipu ibu bapanya dengan alasan. Mereka akan menyalahgunakan kegiatan kokurikulum untuk kepentingan sendiri. Ada di antara pelajar tidak kegiatan kokurikular. Malah, mereka menggunakan kesempatan ini unutk melencong ke tempat lain. Ini mereupakan salah satu teknik yang sering dipraktikkan oleh para pelajar.

Selanjutnya, ada di kalangan pelajar mengutamakan kegiatan kokurikular daripada pelajaran di sekolah. Pada pendapat mereka, kegiatan kokurikular lebih penting daripada pelajaran di sekolah. Mereka tidak menyedari bahawa kegiatan kokurikulum adalah kegiatan yang siadakan di sekolah sebagai kegiatan tambahan. Oleh itu, pelajaran sekolah adalah lebih oeting daripada kegiatan kokurikular. Ada yang di kalangan pelajaran yang lemah dalam pelajaran sekolah dan berjaya dalam kegiatan kokurikular.

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum mempunyai tujuan yang baik. Walaupun demikian, kegiatan kokurikulum ini akan mendatangkan keburukan jika ia disalahgunakan. Masalah ini tidak akan timbul jika kita bekerjasama menjalankan tugas dengan baik.
 
post by:siti nur maisarah

kebaikan belajar berkumpulan

Pada pendapat saya,belajar berkumpulan adalah satu perkara yang boleh dilakukan oleh pelajar.karangan ini diperoleh daripada blog www.scribd.com

Dialog
Sekarang waktu rehat. Saya dan kawan saya, Ali sedang makan sambil
berbual – bual mengenai kebaikan belajar secara berkumpulan.
: Belajar Secara Berkumpulan Lebih Baik daripada Belajar
Bersendirian.
Saya: Hai, apa khabar, Ali? Boleh saya duduk di sini?
Ali : Boleh, silakan.
Saya: Apakah yang menarik telah kamu pelajari pada hari ini?
Ali : Hari ini Cikgu Helmi mengadakan aktiviti perbincangan
mengenai kebaikan belajar secara berkumpulan.
Saya: Menarik tajuk itu. Adakah awak belajar secara berkumpulan.
Ali : Sudah tentu. Banyak kebaikan yang dapat kita perolehi dengan
belajar secara berkumpulan. Salah satu saripadanya ialah kita
boleh berbincang dengan rakan – rakan kita tentang topik yang baru. Melalui perbincangan kita dapat memahami sesuatu topik pelajaran dengan lebih berkesan. Selain itu, kita boleh
bekerjasama membantu rakan – rakan yang lain untuk lebih
memahami apa yang dipelajari.
Saya: Ya, saya setuju. Menjelang peperiksaan, belajar secara
berkumpulan lebih berkesan. Kita boleh membahagikan topik –
topik yang perlu dipelajari untuk dibincangkan bersama.
Ali : Betul itu, Ikhlas. Bayangkan sekiranya kita terpaksa
mengulangkaji semua topik pelajaran seorang diri. Tentu
membosankan.
Saya: Satu lagi kebaikannya ialah kita belajar dalam suasana yang lebih ceria. Selain itu, kita boleh saling bertukar pendapat dan pandangan dengan rakan – rakan.
Ali : Tadi, Cikgu Helmi ada menerangkan bahawa dengan belajar
secara berkumpulan dapat mengeratkan silaturahim kerana kita
saling membantu ibarat aur dengan tebing.
Saya: Secara keseluruhannya, banyak faedah yang kita dapat apabila belajar secara berkumpulan. Bukan sahaja kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan, bahkan kita juga dapat menjimatkan masa belajar. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Lagipun, jika dibandingkan dengan belajar bersendirian, belajar secara berkumpulan lebih efisyen dan efektif.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.
Ali : Eh, loceng sudah berbunyi! Mari kita kembali ke kelas.
Saya: Baiklah. Seronok berbual dengan kamu. Jumpa lagi.
POST   BY AININ
                   

kebaikan internet

 Pada pendapat saya,kebaikkan internet dapat digunakan untuk melakukan pelbagai pekerjaan terutamanya dalam pelajaran.karangan ini diambil daripada blog ww.wangcyber.com

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Peranan komputer dan internet dalam pendidikan

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik.

Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebut an dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ).

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:

* Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
* Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
* Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
* Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.

Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan so**** ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).

Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).

Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman, 1996). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. Program ini, walaupun kurang berjaya, tapi sekurang-kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia , melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapa buah maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guru-guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.post by siti nur maisarah

keburukan mengumpat

Pada pendapat saya, mengumpat adalah dosa.bagi orang-orang islam.perkara ini telah dirujuk melalui Al-quran.karangan ini di ambil daripada blog www.ukhwah.com


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
post by ainin