Bergaduh adalah satu perbuatan yang dimurkai oleh ALLAH(s.w.t).Bergaduh dapat memutuskan tali silaturrahim antara kita.oleh itu,kita haruslah mencegahnya.
Diambil daripada=www.karangan pmr.com.
TAJUK : Disiplin Sekolah Semakin Merosot.Bincangkan. PENGENALAN
“ 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin ”, “ Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial ”, “ Buli gugat semangat belajar ” dan “ Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme”. Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masa kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan .Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata.
Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020.Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali ‘Black Metal’. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar.
KONSEP DAN DEFINISI DISIPLIN
Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari kehendak agama ,norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisosial(peraturan), bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan. Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, disiplin didefinisikan sebagai:
“ … is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not”
Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. (1995) mendefinisikan disiplin sebagai “ kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan”. Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989) mendefinisikan disiplin sebagai “Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan”.
Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger’s 21st Century Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah “latihan dan dendaan (Training and punishment)”.
Terdapat 3 kategori masalah disiplin atau kesalahan iaitu berat, sederhana dan ringan. Kesalahan disiplin yang berat dan sederhana akan dimaklumkan kepada ibubapa untuk perhatian dan tindakan. Kesalahan-kesalahan yang ringan dan yang lebih berat sepatutnya direkodkan.
PONTENG SEKOLAH
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai “ cendawan tumbuh selepas hujan ” walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.
Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar . Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah di atas adalah selari dengan teori fungsionalisme (Durkheim dan Spencer) di mana ibu bapa tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna (disfungsi). Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.
KONGSI GELAP (GANGSTERISME) DI SEKOLAH
Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka 1996 hlm 700, Kongsi gelap didefinisikan sebagai “Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah”.
Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap kritikal. Mengulas perkara tersebut beliau berkata;
" Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya sehingga ke akar umbi."
(Utusan Malaysia 20 Feb 97)
Penglibatan pelajar dalam kegiatan ini turut mendapat perhatian orang ramai yang membantu dengan memberi maklumat kepada pihak Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor berkenaan mereka yang terlibat di dalam kumpulan haram ini. Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 19 Februari 1997 yang memetik kenyataan Saudara Ng Ching Sea, melaporkan bahawa terdapat 560 orang pelajar dari 39 buah sekolah menengah di seluruh negeri Johor terlibat dengan 22 kumpulan kongsi gelap. Laporan tersebut menggambarkan betapa seriusnya masalah penglibatan pelajar sekolah di dalam kegiatan kongsi gelap khasnya di Johor.
Menurut William Gladden Foundation (1992), empat faktor utama yang merangsang pembentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar adalah:
Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi seperti keluarga dan sekolah. Situasi ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan tegang lalu mendorong kepada usaha mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional.
Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan "sense of belonging" dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka. Seterusnya, keahlian tersebut menjadikan remaja merasakan diri mereka berkuasa dan menguasai di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan.
Kawalan kawasan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di mana kekerasan sering digunakan untuk mengawal kawasan dan ahli-ahlinya. Pengrekrutan ahli baru dan pengluasan kawasan pengaruh adalah penting untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan kumpulan. Maka, kemasukan ahli secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung keperluan dengan penambahan sumber dan keahlian kumpulan.
Keempat-empat faktor di atas saling menyumbang kepada kewujudan kongsi gelap yang lebih berkuasa dan kejam seiring dengan usaha mereka untuk mengekalkan dan mengembangkan pengaruh di kawasan dan dikalangan remaja secara lebih luas.
Selain daripada itu, ada juga beberapa penambahan dari segi punca-punca pelajar atau pun remaja menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap menurut pandangan Schmidt dan Lunghofer (1993) iaitu:
a. Mencari kasih sayang, struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka.
b. Perasaan komitmen dan "sense of belonging”, dikagumi dan kekuasaan.
c. Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti.
d. Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai.
e. Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan.
BAHAN LUCAH
Kebelakangan ini, laporan akhbar atau televisyen yang menyatakan pelajar dirogol atau menjadi perogol yang mana rata-rata mereka ini berumur dalam lingkungan umur 10 hingga 18 tahun yang masih dibangku sekolah. Tidak hairanlah jika mereka ini berani membawa bahan lucah ke sekolah untuk dikongsi bersama rakan lain malah mereka berani melakukan perbuatan yang tak senonoh dan terkutuk itu di dalam tandas atau mana-mana tempat di kawasan sekolah. Hal ini berlaku tidak lain disebabkan oleh faktor pengaruh bahan lucah yang murah dan mudah diperolehi .
Baru-baru ini kita dikejutkan oleh laporan akhbar, ‘ Ibu bapa dan anak kongsi bahan lucah’(Berita Harian: 22 Oktober 2001). Laporan di atas bedasarkan kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas 381 murid Tahun 6 dari mukim Ulu Tiram, Kulai dan Kota Tinggi mendapati perbuatan tidak bermoral ibu bapa antara faktor yang mendedahkan kanak-kanak terbabit kepada bahan dan unsur lucah.Walaupun penguatkuasaan telah dijalankan oleh pihak kerajaan VCD lucah masih lagi yang boleh dibeli di pasaran terbuka seperti pasar malam dengan hanya RM3 sahaja setiap satu. Mereka sering menonton ‘aksi’ yang boleh menaikkan nafsu seterusnya ia akan mendorong mereka ini untuk melakukan perbuatan merogol dan membunuh.
Oleh sebab kebanyakan mereka dalam lingkungan umur persekolahan, pihak sekolah, ibu bapa, polis, dan masyarakat tidak boleh memandang masalah ini dengan ringan, malah sesuatu yang berkesan perlu dilakukan segera untuk membendung gejala yang amat membimbangkan ini. Pihak penguatkuasa undang-undang juga bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan yang kurang berkesan. Pengusaha tempat hiburan yang hanya mementingkan keuntungan dan tidak mempedulikan soal moral dan etika juga bertanggungjawab terhadap gejala yang membimbangkan tersebut. . Oleh yang demikian, penguatkuasaan perlu ditingkatkan dan diketatkan, dan pengusaha pula kembali memikirkan tindakan mereka demi masa depan generasi muda.
“Remaja dalam lingkungan umur 14 hingga 18 tahun terlibat dalam persembahan Hip Hop di pusat hiburan di ibu kota. Sekumpulan remaja perempuan berpakaian seksi , seperti baju sendat bertali halus, berpeluk-pelukan di khalayak ramai.Mereka ini bercampur bebas dan berkucupan tanpa segan silu. Lirik lagu Hip Hop menggalakkan seks bebas, kelucahan melampau dan keganasan. “
Laporan Berita Harian 17 Julai 1999 ( Sabtu ) ,
Seorang komposer dan penggubah lagu terkenal tanahair iaitu, M.Nasir (Berita Minggu 26 September 1999) berpendapat pembaratan Muzik Malaysia sudah berlaku sejak zaman penjajahan Barat terhadap Asia Tenggara lagi. Kini terbuktilah budaya kebaratan ini semakin menular dan remaja menjadi mangsa mereka. Langkah sewajarnya perlu diambil agar hal sebegini tidak semakin menular. Kesan yang besar kepada negara di masa hadapan kerana golongan inilah yang akan menyambung warisan kemajuan serta kemakmuran yang dikecapi selama ini.
PERBINCANGAN:
FAKTOR-FAKTOR UTAMA
Banyak faktor yang menyebabkan masalah kemerosotan disiplin pelajar pada masa kini berlaku. Punca utama ialah pengaruh media massa. Filem, suratkhabar, majalah, dan televisyen yang menonjolkan budaya kuning amat mudah diikuti oleh para pelajar. Babak ganas dan seks akan menjadikan fikiran remaja keras dan rakus. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana usia mereka yang rata-rata berusia antara 12 hingga 20 tahun masih dianggap mentah.
Selain itu, kemerosotan disiplin para pelajar juga terjadi kerana masalah keluarga. Ayah dan ibu sering berkelahi di hadapan anak-anak dan pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Sesetengah ibu bapa pula menyerahkan soal disiplin sepenuhnya kepada pihak sekolah, sedangkan pada hakikatnya pembentukan moraliti seseorang itu bermula di rumah.
Sesetengah pelajar pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melupakan segala masalah. Namun, keadaan di sekolah bukanlah seperti yang diimpikan oleh ibu bapa. Guru memang ingin membantu masalah yang dihadapi oleh pelajarnya, tetapi jumlah pelajar yang ramai di dalam sebuah kelas menyebabkan kesempatan guru terbatas.
Hukuman atau denda yang dikenakan kepada sesesorang pelajar juga merupakan faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu menjadi semakin liar. Pihak sekolah perlu menggunakan pendekatan psikologi apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin. Namun begitu, ini juga tidak menyelesaikan masalah kerana para pelajar tidak akan takut jika sesuatu kesalahan dihukum dengan nasihat sahaja.
Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi disiplin para pelajar merosot. Ada pelajar yang masih berkawan dengan rakan yang tidak bersekolah. Mereka yang tidak bersekolah ini mungkin kerana keciciran dalam pelajaran ataupun sudah menamatkan alam persekolahan akan berlagak dewasa dengan menghisap rokok, berpakaian tidak senonoh, dan melakukan sesuatu tindakan untuk menarik perhatian.
Keadaan ini akan menjadi lebih buruk lagi bagi pelajar miskin. Kedua-dua ibu bapa sibuk mencari nafkah, si anak akan terbiar dan memilih haluan sendiri. Pelajar ini mempunyai perasaan rendah diri. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti.
Sebenarnya masalah kemerosotan disiplin saling berhubung kait. Oleh itu, tidak wajar jika sesetengah pihak sahaja yang dipersalahkan. Para pelajar, ibu bapa, dan guru mestilah memainkan peranan mereka masing-masing.
Negara kita menghadapi masalah kekurangan guru lelaki di mana fenomena ini mungkin menjadi salah satu punca kemerosotan disiplin. Nisbah antara guru lelaki dengan guru perempuan pada kadar 4:6. (Berita Harian :19 Julai 1999) . Keadaan yang lebih meruncing sangat dirasai di sekolah rendah dan menurut Kementerian Pendidikan, fenomena kekurangan guru lelaki akan berterusan dalam beberapa tahun yang akan datang kerana jumlah guru pelatih perempuan di maktab perguruan melebihi jumlah guru pelatih lelaki. Begitu juga di peringkat universiti , di mana kaum lelaki amat tidak begitu berminat untuk menceburi bidang pendidikan.
Sememangnya hal disiplin pelajar biasanya diserahkan kepada guru lelaki yang bermisai lebat dan berwajah garang. Apabila orang lelaki semakin menghindari profesion ini, ada pendapat yang menyatakan bahawa tahap disiplin pelajar hari ini semakin merosot.
KESAN
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1993 didapati bahawa sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan kumpulan haram meningkat sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah remaja yang melibatkan kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2 peratus (Bodinger-deUriarte, 1993).
Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun satu perkara yang pasti ialah kumpulan-kumpulan haram tersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya kegiatan salah laku di sekolah.
Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat menyatakan bahawa terdapat peningkatan keganasan atau salah laku di sekolah sejak 1978 di mana pelajar-pelajar sekolah adalah pada risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa keganasan di sekolah berbanding di tempat-tempat lain (Gaustad, 1991). Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat yang selamat sekiranya wujud kegiatan kumpulan kumpulan haram oleh pelajar-pelajar mereka.
Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah:
a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya.
b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka.
c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam.
d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit.
Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.
CADANGAN
1. Laporan serta kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah ini.
2. Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) adalah program yang dicadangkan untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar di sekolah. Kaedah pelaksanaan program ini dibuat agar sesuai dengan pelbagai kes salah laku pelajar di sekolah. Antara jenis-jenis salah laku pelajar ialah ponteng sekolah , merokok, melawan guru, bertumbuk dan sebagainya.
3. Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling – Guru pakar dalam bidang ini perlu dilatih agar dapat menjalankan tugas dengan baik bagi tujuan memberi nasihat serta dorongan agar mereka yang terlibat dalam masalah disiplin ini akan insaf dan seterusnya mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan . Adalah menjadi harapan negara pelajar yang tamat dari sekolah-sekolah seluruh negara mempunyai tahap disiplin yang baik. Ini kerana mereka inilah yang akan membangunkan negara pada masa akan datang.
4. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di sekolah wajar dan patut diberi sokongan sepenuhnya. Kementerian Pendidikan memberi kebenaran untuk penubuhan kelab seperti ini yang bertujuan untuk melatih dan memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan pencegahannya. Melalui penerapan nilai moral yang baik dan penekanan kepada pentingnya sikap yang jujur.
5. Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin ini, namun yang paling penting adalah peranan ibubapa. Ibubapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dan sentiasa mendorong mereka dan cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.
PENUTUP
Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata.
Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya.
Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang.
Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelaja
POSTED BY AINIS NATASHA
Monday, October 3, 2011
semangat cinta akan negara
semangat cinta akan negara perlulah dipupuk daripada awal.karangan ini diambil daripada blog www.pemuda.com
Oleh Ammarhisham Kuala Lumpur – Semangat patriotisme rakyat terutama generasi pasca merdeka perlu sentiasa dipertingkatkan melalui pelbagai program yang menjurus ke arah itu.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Azman Shah Hj Omar Shah berkata dengan pemupukan semangat patrotisme itu, semangat cinta dan sayangkan negara akan lebih mendalam di kalangan rakyat untuk mempertahankan kemerdekaan negara.
Sambil menyokong penuh program meningkatkan semangat patrotisme sempena Bulan Kemerdekaan Ogos ini, beliau berkata proses penyuburan melalui program seumpama itu penting dilakukan sepanjang masa bagi membantu negara kekal berdaulat dan mencapai wawasan yang dicita-citakan.
“Kita perlu menerima hakikat, manusia seringkali mudah terlupa untuk melihat kembali sejarah. Sebab itu, semakin lama usia kemerdekaan negara, semakin mudah rakyat khususnya generasi selepas era tersebut terlupa akan pentingnya semangat patriotisme ini meskipun dari segi fizikalnya kita telah bebas dari penjajahan.
“Dengan mengadakan program berkenaan secara berterusan, kita percaya penghayatan rakyat terhadap semangat patriotisme dan nasionalisme lebih mendalam sekaligus mengelakkan berlakunya penjajahan minda”, katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa/Sekretariat Tetap Briged Putera dan Remaja UMNO turut mengakui ia bukanlah suatu perkara yang mudah dicapai dan boleh melihat hasilnya secara serta merta.
Namun usaha ke arah itu mesti dipertingkatkan melalui kerjasama semua pihak dengan menjurus kepada satu matlamat memupuk semangat kecintaan negara jitu di samping menguatkan pemantapan minda agar tidak mudah terjajah.
“Peringatan yang sentiasa diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad perlu dijadikan pedoman kerana katanya sekali negara merdeka tidak semestinya ia akan terus merdeka”, katanya.
Oleh Ammarhisham Kuala Lumpur – Semangat patriotisme rakyat terutama generasi pasca merdeka perlu sentiasa dipertingkatkan melalui pelbagai program yang menjurus ke arah itu.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Azman Shah Hj Omar Shah berkata dengan pemupukan semangat patrotisme itu, semangat cinta dan sayangkan negara akan lebih mendalam di kalangan rakyat untuk mempertahankan kemerdekaan negara.
Sambil menyokong penuh program meningkatkan semangat patrotisme sempena Bulan Kemerdekaan Ogos ini, beliau berkata proses penyuburan melalui program seumpama itu penting dilakukan sepanjang masa bagi membantu negara kekal berdaulat dan mencapai wawasan yang dicita-citakan.
“Kita perlu menerima hakikat, manusia seringkali mudah terlupa untuk melihat kembali sejarah. Sebab itu, semakin lama usia kemerdekaan negara, semakin mudah rakyat khususnya generasi selepas era tersebut terlupa akan pentingnya semangat patriotisme ini meskipun dari segi fizikalnya kita telah bebas dari penjajahan.
“Dengan mengadakan program berkenaan secara berterusan, kita percaya penghayatan rakyat terhadap semangat patriotisme dan nasionalisme lebih mendalam sekaligus mengelakkan berlakunya penjajahan minda”, katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa/Sekretariat Tetap Briged Putera dan Remaja UMNO turut mengakui ia bukanlah suatu perkara yang mudah dicapai dan boleh melihat hasilnya secara serta merta.
Namun usaha ke arah itu mesti dipertingkatkan melalui kerjasama semua pihak dengan menjurus kepada satu matlamat memupuk semangat kecintaan negara jitu di samping menguatkan pemantapan minda agar tidak mudah terjajah.
“Peringatan yang sentiasa diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad perlu dijadikan pedoman kerana katanya sekali negara merdeka tidak semestinya ia akan terus merdeka”, katanya.
cara menghilangkan tekanan jiwa
tekanan jiwa akan menyababkan kita gila.Ianya perlu di atasi dengan baik supaya kita dapat menghindarnya.oleh itu,marilah kita sama-sama mengatasinya.
diambil daripada=www.kesihatan.com.
Setiap manusia biasa mesti menghadapi satu bentuk tekanan perasaan jikalau ditimpa suatu masalah.Masalah yang berlarutan lebih menambah dan mengusutkan pemikiran jikalau tidak diselesaikan dengan segera.Masalah ini juga biasa berlaku kepada semua orang.Baik anda sebagai guru,sebagai blogger,sebagai ibu mahupun sebagai pengemis sekalipun(cemburu sal dapat tahu pengemis di US ada laptop sendiri)..
Pelbagai cara yang dilakukan oleh seseorang itu untuk mengurangkan tekanan jiwa ini.Antaranya ialah dengan melakukan aktiviti yang disukai seperti bersukan,menonton televisyen,melayari internet mahupun menyanyi.
Bila menyebut tentang menyanyi,adakah anda suka menyanyi??
Menyanyi juga dapat mengurangkan tekanan..
Ada yang suka menyanyi di bilik air,.
Ada yang suka menyanyi di bilik sendiri
Ada yang suka menyanyi seorang diri sambil ditemani gitar
dan ada juga yang suka menyanyi di karaoke jamban (K-Box)(aku la tu)
K-Box
Bila dikaitkan tekanan dan nyanyian..
umm...
Bagaimana keadaan orang yang menghadapi tekanan itu pula menyanyi..
Bukan tekanan biasa..
Tetapi tekanan luar biasa..
Tekanan yang memberi kesan kepada diri..
Renungkan video ini..(maksud aku bukak sekali)
POSTED BY AINIS NATASHA
diambil daripada=www.kesihatan.com.
Setiap manusia biasa mesti menghadapi satu bentuk tekanan perasaan jikalau ditimpa suatu masalah.Masalah yang berlarutan lebih menambah dan mengusutkan pemikiran jikalau tidak diselesaikan dengan segera.Masalah ini juga biasa berlaku kepada semua orang.Baik anda sebagai guru,sebagai blogger,sebagai ibu mahupun sebagai pengemis sekalipun(cemburu sal dapat tahu pengemis di US ada laptop sendiri)..
Pelbagai cara yang dilakukan oleh seseorang itu untuk mengurangkan tekanan jiwa ini.Antaranya ialah dengan melakukan aktiviti yang disukai seperti bersukan,menonton televisyen,melayari internet mahupun menyanyi.
Bila menyebut tentang menyanyi,adakah anda suka menyanyi??
Menyanyi juga dapat mengurangkan tekanan..
Ada yang suka menyanyi di bilik air,.
Ada yang suka menyanyi di bilik sendiri
Ada yang suka menyanyi seorang diri sambil ditemani gitar
dan ada juga yang suka menyanyi di karaoke jamban (K-Box)(aku la tu)
K-BoxBila dikaitkan tekanan dan nyanyian..
umm...
Bagaimana keadaan orang yang menghadapi tekanan itu pula menyanyi..
Bukan tekanan biasa..
Tetapi tekanan luar biasa..
Tekanan yang memberi kesan kepada diri..
Renungkan video ini..(maksud aku bukak sekali)
POSTED BY AINIS NATASHA
keburukan sikap vandalisma
sikap vandalisma merupakan sikap yang sangat terkenal di setiap negara.kita haruslah membuang sikap tersebut jauh-jauh.karangan ini diperoleh daripada blog www.prihatinsosial.com
PENGENALAN-
PENGENALAN-
Vandalisme adalah perbuatan merosakkan harta benda orang lain dan sekelilingnya dengan sewenang-wenangnya. Masalah vandalisme ini boleh dikaitkan sebagai masalah sosial yang semakin berleluasa di negara kita yang berkait rapat dengan faktor pendidikan, moral, kesedaran, kematangan, kekeluargaan, dan juga terhadap persekitaran. Menurut Wikipedia, vandalisme dikenali sebagai laku musnah iaitu merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Perbuatan vandalisme ini boleh dikatakan satu perbuatan jenayah dimana jenayah yang dilakukan dengan merosakkan dan membinasakan harta benda orang lain dengan sengaja oleh seseorg indivudu. Pelbagai usaha dan langkah untuk menyedarkan masyarakat terhadap kesan dan akibat daripada melakukan perbuatan sebegini.
-SEJARAH VANDALISME-
Perkataan vandalisme ini berasal dari perkataan nama sebuah puak di Eropah iaitu vandal dimana puak ini telah membinasakan kota Rome pada tahun 445. Secara lahiriahnya kita ketahui bahawa perbuatan vandalisma ini dianggap sebagai satu jenayah dan salah satu masalah sosial yang mengganggu kehidupan seharian kita. Perbuatan vandalisme ini dianggap sebagai satu bentuk ritual yang telah dilakukan oleh sekumpulan manusia yang mempunyai rasa tidak puas hatu terhadap situasi serta masyarakat serta apa yang berlaku pada persekitaran mereka.
Ketika sesebuah masyarakat itu sedang mengalami revolusi, ataupun sedang mengalami proses penukaran kuasa secara keras dan paksaan, sebahagian daripada golongan masyarakat ini akan cuba mencabar autoriti yang lama dengan membinasakan sebahagian atau keseluruh harta benda yang dianggap sebagai rejim lama atau kuasa lama seperti tugu negara. Perbuatan sebegini adalah dianggap sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej atau satu pesanan kepada pemerintah. Jika sekiranya pengalihan kuasa telah berjaya, pemusnahan harta benda ini dianggap sebagai simbol kekuatan akan dilakukan untuk menandai tamatnya kuasa pemerintahan yang lama.
Menurut wikipedia, perbuatan vandalisme yang paling besar yang pernah dilakukan dalam sejarah adalah dalam kempen “memecahkan adat lama” di negara China semasa revolusi kebudayaan(1966-1976), dimana dalam kempen yang dicipta oleh pengganas ini, mereka telah memusnahkan banyak bangunan-bangunan bersejarah, harta benda yang bernilai, artifak-artifak lama dan sebagainya. Alasan mereka adalah kesemuanya adalah bersifat fuedalisme lama. Di negara Malaysia contohnya, vandalisme secara ritual ini juga pernah dilakukan oleh Parti Komunis Malaya dimana mereka ini telah membinasakan tugu negara.
-VANDALISME SEBAGAI JENAYAH-
Jenayah selalunya berkaitan dengan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat kita. Salah satunya adalah perbuatan vandalisme ini seperti yang telah diterangkan pada perenggan di atas. Seperti yang diketahui bahawa vandalisme ini dikenali sebagai perbuatan laku musnah harta benda. Ia merujuk kepada perbuatan yang dilakukan dengan merosakkan harta benda awam seperti papan tanda, perhentian bas, telefon awam, tandas awam, perkhidmatan bus awam, dan lain-lain lagi.
Seperti yang kita sedia maklum, perbuatan ini dilakukan oleh golongan remaja yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah seperti budaya melepak. Apabila golongan ini tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah, inilah yang dilakukan oleh mereka. Ada di antara remaja ini adalah dari kalangan pelajar yang bermasalah di mana alasan mereka melakukan perbuatan ini adalah salah satu cara mereka untuk melepaskan tekanan marah ataupun rasa geram mereka terhadap permasalahan mereka atau untuk menghilangkan rasa kebosanan yang dihadapi.
Mereka ini memberontak dengan menggunakan cara seperti ini dan sebenarnya motif perbuatan vandalisme ini adalah terletak kepada emosi seseorang. Sungguhpun begitu, mereka ini menganggap bahawa apa yang mereka lakukan itu sekadar suka-suka, ringan dan tidak menyalahi undang-undang, akan tetapi mereka ini tidak sedar bahawa perbuatan ini menyebabkan kesusahan kepada masyarakat sekeliling mereka. Bukan kepada masyarakat sahaja, negara juga mengalami kerugian akibat daripada perbuatan yang tidak bermoral ini.
-FAKTOR-FAKTOR VANDALISME-
i. Pengaruh rakan sebaya
Para remaja pada hari ini begitu mudah terpengaruh dan meniru apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka dan kebiasaannya ia mencorakkan sikap, tingkahlaku dan nilai yang tidak baik terhadap dalam diri remaja tersebut. Kebiasaannya, remaja yang mempunyai masalah keluarga dan kurang mendapat perhatian keluarga mereka lebih cenderung dan mudah terpengaruh dengan apa yang ditonjolkan oleh rakan sebaya mereka. Mereka yang melakukan vandalisme ini bergerak dalam kumpulan dan golongan remaja ini tidak mempunyai tujuan, sekadar suka-suka melakukan perbuatan vandalisme ini seperti menconteng dinding serta merosakkan harta benda awam.
ii. Ibu bapa dan keluarga
Kebanyakkan para remaja terdorong melakukan perbuatan vandalisme ini mereka mempunyai latar belakang keluarga yang tidak stabil, yang mana permasalahan keluarga mereka ini menyebabkan semua ini berlaku. Selain daripada itu, punca lain adalah golongan ini kurang mendapat perhatian daripada kedua ibu bapa mereka. Jawapan yang sering diberikan oleh mereka bahawa ibu dan ayah mereka terlalu sibuk dengan kerja atau hal-hal lain. Kesibukan ibu bapa dalam mengumpul kekayaan menyebabkan mereka tidak mendapat kasih sayang serta perhatian yang secukupnya, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga juga merupakan faktor utama yang memdorong para remaja terjebak dalam gejala negatif ini.
iii. Pengaruh media massa
Media massa merupakan satu kaedah untuk menyampaikan sesuatu mesej atau pesanan dan peringatan kepada masyarakat sekeliling. Kesan pengaruh media massa ini amat kuat dan ianya sukar dielakkan. Bukan itu saja, kita sekarang ini disajikan dengan cerita-cerita dari luar negara yang memaparkan adegan-adegan yang negatif dari filem-filem hollywood misalnya yang memaparkan unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme dimana ia boleh mendorong dan mempengaruhi para remaja kita ini melakukan perbuatan vandalisme ini. Pada mulanya mereka ini hanya ingin mencuba atau suka-suka sahaja tetapi ia akan bertukar menjadi satu tabiat dalam diri mereka.
Hal ini kerana, golongan belia ini mudah meniru dan mengikut apa yang dilihat di sekeliling mereka ianya tanpa bimbingan dan tunjuk ajar dari orang yang lebih tua atau lebih arif dalam sesuatu hal tersebut.
iv. Sikap tidak peduli, invidualistik dan meterialistik masyarakat
Sikap masyarakat sekeliling yang kurang mengambil berat serta tidak mengendahkan perbuatan segelintir remaja yang melakukan perbuatan vandalisme juga turut menyumbang perkara ini. Seharusnya masyarakat bersama-sama membantu untuk mengekang perkara ini daripada menjadi lebih parah. Seperti yang kita ketahui bahawa anak muda pada masa sekarang merupakan produk dalam masyarakat dan ada sesetengah daripada masyarakat mengambil sikap tidak peduli inilah yang menyebabkan negara mengeluarkan produk yang pincang.
v. Nilai-nilai murni dan persekitaran
Kurangnya nilai-nilai murni yang diterapkan dalam diri remaja itu turut menjadi faktor utama vandalisme ini berlaku. Kita sedia maklum bahawa golongan remaja ini mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat dan apa yang berlaku di sekeliling mereka.
vi. Pendidikan
Kekurangan ilmu di dada menyebabkan gejala vandalisme ini berlaku. Perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh remaja yang bermasalah dan mungkin antara mereka ini gagal dalam pembelajaran di sekolah.
-KESAN VANDALISME-
i. Individu
Kesan terhadap diri individu itu sendiri amat ketara. Ini kerana, kita sedia maklum bahawa segelintir golongan remaja yang melakukan perbuatan vandalisme ini hanya mahu melepaskan tekanan yang ada dalam diri mereka. Ada sesetengah di antara mereka ini hanya mahu memuaskan hati mereka sahaja. Tidak hairanlah jika akibat daripada perbuatan ini, golongan remaja mampu melakukan sesuatu yang lebih daripada itu seperti merompak, membunuh dan lain–lain lagi.
ii. Masyarakat
Seperti yang dinyatakan di atas, sikap segelintir masyarakat yang kurang atau tidak mengambil peduli langsung terhadap vandalisme ini memberi impak serta kesan yang amat buruk kepada mereka. Hal ini kerana harta benda awam yang rosak akan menyusahkan masyarakat sekeliling. Misalnya, telefon awam, tandas awam, perhentian bas, papan tanda dan lain-lain lagi. Contoh yang boleh diberikan adalah jika ada kebakaran masyarakat akan menggunakan telefon awam tetapi sekiranya telefon itu rosak ataupun sudah tiada, kebakaran tersebut mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa dan sebagainya.
iii. Negara
Perbuatan vandalisme ini boleh menyebabkan imej negara terjejas. Negara luar akan memandang rendah terhadap negara kita kerana mereka menganggap masyarakat kita ini kurangnya nilai sivik. Selain daripada itu juga, pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menggantikan kemudahan awam yang telah rosak. Tujuannya adalah untuk memudahkan rakyat dan memastikan setiap kemudahan yang di buat itu memenuhi kehendak rakyat.
-LANGKAH-LANGKAH MENGATASI VANDALISME-
i. Peranan individu dan ibu bapa
Dalam membanteras kegiatan vandalisme ini, peranan individu itu sendiri amat di perlukan. Dalam diri indivitu itu perlu ada sifat-sifat atau nilai-nilai murni agar mereka faham mengenai kesan buruk mengenai gajala ini. Individu itu perlu bijak memilih dalam melakukan sesuatu perkara.
Selain daripada itu, ibu bapa juga turut memainkan peranan penting. Ibu bapa berperanan untuk memberikan ilmu agama serta pendidikan yang baik dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka. Mereka juga perlu memberikan perhatian serta kasih sayang yang secukupnya agar anak-anak tidak berasa tersisih dan diabaikan. Selain daripada itu, kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa yang sihat serta pemikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.
ii. Penguatkuasaan undang-undang
Langkah seterusnya bagi mencegah gelaja ini, pihak kerajaan perlu memperketatkan penguatkuasaan undang-undang. Di bawah akta kerajaan tempatan 9 undang-undang kecil vandalisme 1991, sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang menbabitkan RM2000 atau penjara tidak melebihi setahun jika di sabitkan kesalahan. Tindakan tegas perlu diambil kepada mereka yang melakukan vandalisme ini. Ini mungkin dapat mengurangkan gejala vandlisme ini.
iii. Peranan masyarakat dan kerajaan
Masyarakat sekeliling boleh diumpamakan sebagai orang yang mampu menegur dan bersuara jika sesuatu perkara yang tidak baik berlaku pada persekiran. Mereka ini umpama ‘mata-mata’ kerajaan. Setiap anggota masyarakat perlu memberi perhatian terhadap anak-anak mereka dan juga kasih sayang yang secukupnye serta memantau segala tindak tanduk anak-anak remaja mereka.
Seharusnya peranan masyarakat sekeliling amat besar kerana mereka ini boleh memberikan kefahaman mengenai keburukan perbuatan vandalisme ini dan perlu lebih proaktif dan peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Selain daripada itu, peranan pihak kerajaan pula, perlu meningkatkan lagi tahap kesedaran sivik di kalangan remaja dengan mengadakan kempen-kempen di sekolah, di media massa dan lain-lain lagi agar golongan remaja ini tahu keburukan serta akibat yang akan berlaku jika perbuatan vandalisme ini berleluasa.
iv. Peranan media massa
Media massa berperanan untuk menyebarkan segala maklumat kepada rakyat. Peranan media massa ini boleh mempengaruhi seseorang individu mengenai info-info yang disebarkan. Media massa boleh berkerjasama dengan pihak kerajaan dalam menyebarkan dan menyalurkan segala maklumat mengenai gejala serta fenomena vandalisme ini. Ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan aktiviti vandalisme ini serta ia dapat meningkatkan kesedaran para remaja mengenai keburukan serta kesannya daripada perbuatan vandalisme ini.
-KESIMPULAN-
Perbuatan vandalisme ini boleh mengakibatkan kesan yang amat buruk sekali. Bukan terhadap individu dan masyarakat saja, malah ia juga boleh menjejaskan imej negara Malaysia. Orang luar akan memandang negara kita sebagai negara yang kurang nilai siviknya. Seharusnya para remaja terutamanya, perlu sedar akan kesan dari perbuatan ini. selain daripada itu, masyarakat khususnya perlu bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam menangani isu vandalisme ini serta dalam mencapai negara wawasan 2020
cara menghilangkan bau badan
pada pendapat saya,bau badan akan membuatkan kita susah mendapat teman.Ianya kerana bau badan manusia amat busuk.
diambil daripada=www.petua nenek.com.
Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/06/2-cara-menghilangkan-bau-badan-anda.html#ixzz1ZhnAZc4Y
diambil daripada=www.petua nenek.com.
Masalah badan berbau akan membuatkan orang yang berada di sekeliling anda kurang selesa. Cuma mereka mungkin tak sampai hati atau serba salah nak "sound direct" kat anda. Tapi kalau anda dah sedar yang bau badan anda tu agak kuat, cuba anda lakukan petua yang akan saya kongsi di bawah nanti.
Kali ini, ada 2 petua yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan bau badan. Anda boleh gabungkan kedua-duanya sekali untuk hasil yang lebih baik.
PERTAMA:
- Anda ambil timun (mengikut anggaran) dan kisar. Sebab anda perlukan "jus" nya.
Gambar hiasan - EStrip.Org
- Kemudian, lumurkan jus timun tadi ke seluruh badan anda. Terutamanya pada bahagian ketiak.
- Biarkannya serap ke tubuh anda dalam beberapa minit sebelum membersihkannya atau mandi.
- Lakukan cara ini setiap 2 minggu sekali sampailah anda merasai hasilnya.
- Jika anda mengamalkan secara berterusan, ia bukan saja mampu menghilangkan bau badan. Malah dapat menyegarkan badan dan mengelakkan daripada terkena penyakit kulit.
KEDUA:
Sekiranya anda berpeluh, lapkan peluh tersebut dengan menggunakan tisu pelembap bayi. Salah satu contohnya ada kat bawah ni.
Gambar hiasan - AllProducts.Com
Kalau anda seorang yang aktif bersukan, gemar melakukan aktiviti lasak atau kerap berpeluh bolehlah gunakannya.
Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/06/2-cara-menghilangkan-bau-badan-anda.html#ixzz1ZhnAZc4Y
POSTED BY AINIS NATASHA
kepentingan jagaan alam sekitar
alam sekitar sangat penting untuk kita.kita haruslah menjaganya seperti menjaga nyawa kita sendiri.karangan ini diperoleh daripada blog www.scribd.com
Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.
Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.
Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin.
Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan..
Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis.. Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup.
Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting.
Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.kebaikan menjaga alam sekitar
alam sekitar adalah alam yang amat penting untuk kita.jiga tiada alam ini mungkin kita tidak boleh hidup di dunia ini.karangan ini diambil daripada blog www.scribd.com
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.
Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.
Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.
Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.
Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.
Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.
Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.
Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.
Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






