Monday, October 17, 2011

Kebaikan dan keburukan televisyen dan cara-cara untuk mengurangkan menontonnya

Semua orang pernah menonton televisyen. Tetapi mungkin sesetengah orang tidak tahu keburukan dan kebaikan televisyen.Berikut adalah karangan daripada http:\\alyadina.blogspot.com.                                                               

Televisyen (TV) merupakan salah satu media elektronik yang amat berpengaruh dan hampir di setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Namun pernahkah kita terfikir akan kebaikan dan keburukan TV ini kepada kita semua?

Kebaikan:-

1. Alat untuk menyampaikan perkembangan terkini di dalam dan luar negara (macam berita pukul 8 malam tu dan berita dunia). Segala maklumat di dalam dan luar negara, kita perolehi dalam masa yang amat singkat. Kelebihan ini memang tidak dapat dinafikan lagi.

2. Alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. RTM banyak menyediakan program-program macam ni, ianya seperti maklumat tentang pertanian, begitu juga seperti TV3 melalui rancangan MedikTV yang menyampaikan pengetahuan tentang dunia perubatan. Rancangan seperti ini amat berguna kepada masyarakat kita, ianya amat berguna dan menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang sesuatu perkara.

3. Alat hiburan. Alat hiburan juga merupakan elemen penting dalam kehidupan kita. Setelah seharian penat bekerja, kita memerlukan hiburan untuk merehatkan minda kita.

4. Alat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan juga menyampaikan kehendak rakyat kepada kerajaan. Ini merupakan tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh media elektronik kepada masyarakat. Misalnya program Bersamamu oleh TV3, melalui program ini kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Begitu juga permasaalahan yang berlaku kepada penduduk di sesetengah tempat, apabila masalah ini diutarakan, pihak yang berwajib mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya.

5. Alat untuk pengiklanan produk dan servis sesebuah syarikat. Ini memberi kelebihan kepada pengiklan dalam mempromosikan produk-produk dan servis yang ditawarkan oleh mereka.

Keburukan:-

1. Boleh memberi kesan buruk kepada kanak-kanak, ini adalah kerana:-

- menyekat perkembangan teknik membaca. Dalam usia yang muda, kanak-kanak mesti dilatih untuk membaca dan menambah teknik mereka dalam pembacaan. Ini masih terdapat kanak-kanak yang sudah masuk darjah 1 tapi masih tidak tahu membaca.

- menyekat perkembangan skill-skill lain seperti bahasa, pergaulan, kreativiti dan juga skill mendengar. Skill-skill ini hanya boleh ditingkatkan dengan memperbanyakkan pergaulan mereka dengan kanak-kanak lain ataupun orang dewasa.

- Hilang tumpuan dalam pembelajaran. Ini berlaku apabila ketika kanak-kanak tersebut menyiapkan kerja sekolah, TV dibiarkan terpasang, oleh yang demikian, tumpuan kepada pembelajaran terganggu.

2. Rancangan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak dan juga remaja seperti adegan seks, banyak memberi kesan buruk kepada dua golongan ini. Pada masa kini tidak mustahil kanak-kanak yang masih di sekolah rendah boleh membuat aksi seperti bercium. Ini adalah pengaruh dari TV.

3. Membazir duit. Pada masa sekarang ini banyak program-program realiti telah diadakan, contohnya program Akademi Fantasia. Pembaziran duit berlaku apabila penonton terpengaruh dengan program tersebut dan taksub untuk menyokong peserta yang mereka sukai dan mereka mengundi peserta tersebut. Undi bukan sekali dua, malah mungkin beratus-ratus kali. Berapa yang telah dilaburkan? Siapa yang untung? Adakah orang yang mengundi akan mendapat untung? Jadi fikir-fikirkanlah.

4. Membazir masa. Pembaziran masa ini terjadi apabila terlampau banyak masa dihabiskan di hadapan TV dengan hanya menonton rancangan-rancangan hiburan.

5. Penonton terpengaruh dengan iklan-iklan yang dilihat di TV. Apabila terpengaruh faham-faham sahaja lah, benda yang tidak perlu di beli...terus di beli.

6. menyekat perkembangan otak kanan iaitu bahagian untuk kreativiti. Apabila kita menonton TV, kita hanya mendengar dan melihat tetapi otak kita jarang digunakan dalam masa tersebut. Berbeza jika kita membaca buku cerita misalnya. Apabila kita membaca buku cerita, kita akan cuba menggambarkan (macam imaginasi) apa yang diceritakan dalam cerita tersebut, sekaligus mengaktifkan otak kanan kita. Otak kiri dan otak kanan kita seelok-eloknya di balancekan.

7. Digunakan oleh orang-orang tertentu untuk mempengaruhi pemikiran rakyat/masyarakat. Ini berlaku ketika pilihanraya yang lepas yang mana terdapat parti politik yang menggunakan sepenuhnya media elektronik dalam mempengaruhi pemikiran rakyat. Kuasa yang mereka ada telah digunakan sepenuhnya. Pada sesetengah pihak, ianya menganggap sebagai kebaikan. Itu terpulang kepada pendapat masing-masing.

8. Terdapat juga maklumat yang diterima adalah maklumat yang salah. Media-media elektronik mestilah bertanggungjawab terhadap setiap maklumat yang mereka sampaikan.

Bagaimana cara untuk mengurangkan menonton TV:-

1. Jangan letak TV di ruang tamu, ini kerana apabila kita balik, kita akan terus membuka TV dan ada kemungkinan TV tersebut akan berpasang tanpa sesiapa yang menontonnya. Seelok-eloknya disediakan satu bilik khas untuk menonton sahaja.

2. Jangan letak TV di dalam bilik tidur anak-anak. Ini akan memudahkan mereka untuk menonton TV tanpa pengawasan dari ibu bapa.

3. Hadkan masa menonton TV dan juga hadkan kepada rancangan-rancangan tertentu sahaja. Misalannya dalam seminggu anak-anak dibenarkan menonton 4 hari seminggu. Dalam 4 hari tersebut cuma rancangan-rancangan tertentu sahaja. Ini hendaklah dipraktis sejak anak-anak masih kecil lagi.

4. Ibu bapa mestilah berkorban untuk kebaikan anak-anak. Kurangkan masa menonton. Beri contoh yang baik kepada anak-anak.

Kita hendaklah pandai dalam memilihkan program-program yang hendak ditonton. Fikirkan kebaikan dan keburukan dan juga kesan-kesannya. Kesan bukan dalam jangka masa pendek sahaja tetapi juga dalam jangka masa panjang. Fikir-fikirkan lah.

Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Setiap pelajar wajib menyertai setiap aktiviti di sekolah seperti aktiviti kokurikulum.www.mindasasterabahasa.com.

Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum


Setiap sekolah akan menjalankan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dijalankan pada sebelah petang. Para pelajar wajib menyertai aktiviti yang dijalankan., naik menyertai persatuan, unit beruniform, ataupun olahraga. Kementerian Pelajaran tidak mahu para pelajar hanya menumpukan kepada pelajaran sehingga mengabaikan aktiviti kokurikulum.
Melalui aktiviti ini, tubuh badan akan menjadi sihat. Keadaan ini berlaku kerana apabila kita melakukan sesuatu aktiviti, otot-otot akan bergerak dengan aktif, seterusnya mengeluarkan peluh. Apabila diri kita sihat, mudahlah kita untuk mengulangkaji pelajaran dan yang pasti dapat ke sekolah. Jika tubuh badan kita tidak sihat, tubuh menjadi letih serta lesu dan tidak bermaya, menyebabkan minat untuk belajar menjadi luntur.
Faedah kedua yang kita perolehi dengan menyertai aktiviti kokurikulum adalah, pelajar dapat memanfaatkan masa lapang mereka dengan bijak. Sekiranya tidak menyertai aktiviti kokurikulum, masa yang terluang pasti akan digunakan dengan menonton televisyen, melepak, merokok,dan berpeleseran di pusat membeli belah. Akktiviti tidak berfaedah ini juga bakal menjerumuskan mereka ke kancah perjudian, pelacuran malahan juga ke kancah jenayah. Mereka juga bakal terdorong untuk bergaul dengan remaja nakal dan terlibat dalam pelbagai kegiatan negative seperti merempit, meragut, menagih dan mengedar dadah dan banyak lagi.
Apabila menyertai aktiviti kokurikulum, secara tidak langsung kita juga boleh menambah kenalan. Penyertaan dalam persatuan mahupun aktiviti sukan tidak mengira dari kelas mana ataupun warna kulit. Jadi, menerusi aktiviti yang dijalankan, kita dapat berbincang dan saling mengenali, sekaligus mewujudkan perpaduan antara satu dengan yang lain.
Adat sesuatu pertandingan, ada menang dan ada yang kalah. Apabila pasukan yang kita sertai memenangi kejohanan yang kita sertai nama sekolah akan menjadi harum. Pada peringkat sekolah, kita sudah berjaya mengharumkan nama sekolah, apabila dewasa kelak, tidak mustahil kita juga boleh mengharumkan nama Negara.
Berdasarkan huraian yang diberikan, jelaslah kepada kita akan kepentingan aktiviti kokurikulum kepada kita. Oleh itu, saya menyarankan kepada rakan-rakan, manfaatkanlah masa yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Apalah gunanya memounyai otak yang pintar sekiranya tubuh badan kita tidak bermaya.

Monday, October 10, 2011

laporan Pertandingan Memasak Peringkat Sekolah-Sekolah Seluruh Negeri Selangor

Pertandingan -pertandingan seperti memasak ini dapat mencungkil bakat para pelajar.oleh itu,pertandingan -pertandingan seperti ini digalakkan dan disokong banyak pihak.http://mindasasterabahasa.com

Pertandingan memasak peringkat sekolah-sekolah seluruh negeri Selangor telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan dengan  Mei . Pertandingan ini bermula pada pukul
9.00 pagi di Dewan Majlis Bandar raya Shah Alam. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dengan kerjasama Hotel Grand Continental Royal Selangor dan telah disertai oleh 14 buah sekolah di seluruh Shah Alam. Sekolah Menengah Tanjung Kota turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
lTujuan pertandingan ini adalah untuk memilih peserta-peserta yang terbaik bagi mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam para peserta dalam bidang masakan.
Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Pertandingan tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Pelbagai jenis masakan telah dipertandingkan dan mendapat pujian daripada panel hakim.
Pihak Sekolah Menegah Tanjung Kota berasa bangga kerana johan pertandingan bagi kategori perempuan telah dimenangi oleh pelajar Sekolah Menengah Tanjung Kota. Pelajar yang dimaksudkan ialah saudari Alisha Hanan dari Tingkatan Lima Sasstera 1. Beliau menerima hadiah wang tunai RM 1500, sebuah trofi dan sijil penyertaan. Kategori lelaki pula dimenangi oleh peserta dari Sekolah Menengah Tanjung Karang. Saudari Alisha Hanan akan mewakili negeri Selangor untuk memasuki pertandingan memasak peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Putrajaya pada 5 Jun 2010 nanti.
Kami berharap agar beliau akan dapat mengulangi kejayaan seterusnya mengharumkan nama Sekolah Menengah Tanjung Kota.

Laporan Disediakan Oleh,



…………………….
(MARISSA NORDIN)
Setiausaha,
Kelab Kerjaya,
Sekolah Menengah Tanjung Kota.

JANGAN BUNUH RAMA -RAMA (drama)

Nilai keagamaan yang mendalam dalam diri manusia yang kebiasaannya mempunyai elemen baik dan jahat. .http://bmpmrspm.blogspot.com

Babak 1 : Raja dan rama-rama
Persoalan:1. perbuatan jahat yang dibalas dengan kebaikan. (rama2 membantu menyelamatkan raja walaupun cuba ditangkap)
2. sikap manusia yang tamak dan rakus sehingga sanggup menzalimi makhluk yang lemah. (permaisuri ingin rama2 sebagai perhiasan sehingga sanggup menangkap rama2)
3. keluhuran budi dan keikhlasan hati. (rama2 menolong raja yang terperangkap dalam kolam air panas)
Nilai1. Baik hati (rama2 membantu raja yang terperangkap dalam kolam air panas)
2. Kesederhanaan (permaisuri suka menunjuk-nunjuk kelebihannya daripada orang lain dan tiada nilai kesederhanaan)
3. bantu-membantu (rama2 membantu raja yang sedang dalam kesusahan kerana terjatuh dalam kolam air panas)
Pengajaran
1. Kita mestilah bersikap baik hati dan tidak berdendam. (rama2 membantu raja dan tidak berdendam dengan raja yang cuba menangkapnya)
2. Sebagai hamba Allah, kita mestilah bersederhana dan tidak menunjuk2 kelebihan diri kita kepada orang lain. (permaisuri suka dilihat lebih cantik daripada orang lain)
3. Kita hendaklah membantu orang yang sedang dalam kesusahan dengan ikhlas. (rama2 membantu raja yang terjatuh dalam kolam air panas)
Babak 2 : JuraganPersoalan
1. perjalanan hidup yang perlukan panduan dan pegangan lurus. (Juragan belayar tanpa mengetahui tujuannya)
2. Semangat membantu orang lain yang sedang menuju kesesatan hidup tanpa panduan agama. (Badut menasihati Juragan supaya mengikuti panduan iaitu ugama)
Nilai
1.Keimanan (juragan hidup tanpa berpegang pada agama sehingga tiada arah tujuan hidup)
2.Bantu-membantu. (Badut membantu juragan dengan menasihatinya supaya berpegang pada agama sebagai panduan hidup)
Pengajaran
1. Kita mestilah berpegang pada agama agar kehidupan kita mempunyai arah tujuan. (juragan hidup tanpa arah tujuan kerana tidak berpegang pada agama)
2. Kita mestilah membantu orang lain supaya dapat member kehidupan berlandaskan keimanan/ agama. (Badut menasihati juragan supaya berpegang pada agama)

Babak 3: Askar dan orang tawananPersoalan
1. Manusia adalah sama di sisi Tuhan.
2. Kemuliaan seseorang adalah bergantung pada keimanannya.
Nilai
1. keimanan (askar menyatakan Tuhannya satu begitu juga dengan orang tawanan)
2. Kesamaan/ keadilan (askar menggantikan tempat orang tawanan kerana berasakan dirinya sama di sisi Tuhan dengan orang tawanan tersebut.
Pengajaran
1. Kita mestilah sentiasa menjaga keimanan kita kepada Tuhan. (Askar dan tawanan menjelaskan bahawa Tuhan mereka satu dan sama)
2. Kita mestilah bersikap adil dan mulia kerana sikap mulia tinggi nilainya di sisi Tuhan. (askar sanggup mengambil tempat orang tawanan)

Babak 4: Petapa tidak tenteram
Persoalan
1. Perlunya keikhlasan hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (petapa tidak tenteram walaupun beratus2 tahun bertapa)
2. Perasaan tidak tenteram kerana kerja murni yang dilakukan tidak ikhlas. (petapa merasakan hidupnya kosong)
Nilai
1. keikhlasan (petapa melakukan sesuatu kerja tanpa keikhlasan sehingga merasakan jiwanya kosong)
2. bantu-membantu (Badut menasihati petapa supaya melakukan pekerjaan dengan hati yang ikhlas)
Pengajaran
1. kita mestilah melakukan sesuatu pekerjaan dengan hati yang ikhlas. (petapa yang tidak ikhlas merasa jiwanya tidak tenteram)
2. Kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan. (Badut membantu petapa dengan member nasihat supaya melakukan pekerjaan itu dengan ikhlas)
Babak 5: Wak Keletung MarahPersoalan
1. Perpecahan dalam kalangan masyarakat. (berlakunya sembahyang 2 imam dalam kampung wak Keletung)
2. Manusia perlu bermaufakat dalam melaksanakan tugas beragama. (wak Keletung marah dan hendak menembak orang yang sembahyang 2 imam)
Nilai
1. perpaduan (masyarakat perlu berpadu dan tidak wujud sembahyang 2 imam)
2. kesabaran (wak Keletung tidak menahan marah dan tidak menembak bekas pengikutnya yang dahulu setia dengannya/ satu imam)
Pengajaran

1. Kita perlu bersatu padu bagi mengelakkan perpecahan dalam masyarakat. (masyarakat tidak bersatu padu sehingga ada sembahyang 2 imam)
2. Kita hendaklah bersabar dan tidak melakukan pekerjaan menyalahi agama. (Wak Keletung tidak menembak orang yang mengkhianatinya kerana telah bertukar imam)

Babak 6: Mek Bongsu
Persoalan
1. Sikap manusia yang lupa diri setelah mendapat kemewahan. (mek Bongsu lupa diri setelah diulit kemewahan apabila berkahwin dengan Saudagar Shah Alam)
2. Tanggungjawab manusia sebagai makhluk Tuhan dan khalifah di muka bumi ini. (mek Bongsu sedar dari kesilapannya dan membantu orang susah)
Nilai
1. keinsafan (Mek Bongsu insaf dari kesalahannya setelah lupa diri apabila berkahwin dengan) saudagar)
2. Tanggungjawab (Mek Bongsu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai makhluk Tuhan kepada golongan susah)
Pengajaran
1. Kita mesti berasa rendah diri dan tidak melupai asal usul kita setelah diberi kekayaan oleh Tuhan (Mek Bongsu lupa diri setelah berkahwin dengan saudagar kaya)
2. Kita mestilah menjalankan tanggungjawab kita untuk membantu golongan orang yang hidup susah. (Mek Bongsu sedar kesilapannya dan membantu golongan susah)

Babak 7: Bidan Tuk Mah
Persoalan1. Ketabahan melawan hawa nafsu. (Bidan Tuk Mah lari dari kesenangan hidup sebagai anak raja kerana ingin menjadi manusia beriman dengan mengikut Peran membantu orang ramai)
2. Kedudukan dan kemewahan bukan penentu ketenangan jiwa. (Tuk Mah tidak berasa tenang walaupun hidup sebagai anak raja)
3. Keberanian mengubah kehidupan demi menghambakan diri kepada Tuhan. (Tuk Mah keluar dari kemewahan untuk berbakti kepada orang ramai sebagai bidan)
Nilai
1. bantu-membantu (Tuk Mah dan Peran membantu mengubati orang buta di sebuah kampung)
2. keyakinan (Tuk Mah yakin dapat berbakti kepada orang ramai dengan mengikut Peran)
3. Keberanian (Tuk Mah berani membuat keputusan penting dalam hidupnya yntuk mengikuti Peran)
Pengajaran
1. Kita mestilah sanggup berkorban demi membantu orang lain yang sedang dalam kesusahan. (Tuk Mah sanggup meninggalkan keluarganya iaitu keturunan raja kerana mengikut Peran membantu orang lain dan berdakwah)
2. Kita mestilah yakin dalam melaksanakan sesuatu tugas atau membuat perubahan. (Tuk Mah yakin dengan keputusannya meninggalkan keluarganya)
3. Kita mestilah berani membuat keputusan penting dalam hidup kita. (Tuk Mah berani membuat keputusan mengikut Peran untuk berbakti kepada orang ramai)

KELEMAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KAEDAH MENANGANINYA

teknologi dan maklumat amat penting kepada semua...tetapi sekarang, ada yang telah menyalahgunakan yang mendatangkan kesan buruk. penggondam komputer mendatangkan ancaman kepada komputer .kita janganlah menyalahgunakan teknlogi sekarang.http://mindasasterabahasa.com.

Era globalisasi yang melanda dunia tidak akan lengkap tanpa kewujudan perkembangan teknologi maklumat. Tidak dinafikan bahawa terknologi maklumat akan memberikan bentuk baru pada corak kehidupan manusia. Penyebaran maklumat secara besar-besaran sudah tentu akan membawa kita menuju peradaban elektronik. Hal ini disebabkan teknologi komunikasi ini akan membawa kita kepada perkembangan yang berkaitan dengan pelbagai cara menerima dan menyampaikan maklumat seperti gambar, bunyi dan nombor yang diaplikasikan secara elektronik.
Dengan itu, teknologi maklumat menggabungkan komputer telekomunikasi supaya dapat membentuk sistem-sistem bagi mengurus maklumat. Namun, sistem ini tidak terlepas daripada ancaman yang boleh mendatangkan impak buruk kepada semua pihak.
Ancaman yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat datangnya daripada penggodam komputer, iaitu orang yang boleh mendatangkan ancaman kepada komputer dan sistem rangkaiannya. Mereka akan cuba menyalahgunakan kemudahan ini untuk kepentingan sendiri. Namun begitu, terdapat golongan penggodam komputer yang menjalankan aktiviti khianat sebagai salah satu keseronokan semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang akan menimpa pihak lain.
Sebahagian penggodam komputer yang lain pula menjalankan aktiviti tersebut untuk menceroboh sistem rangkaian komputer dan mencuri data penting. Selain itu, ada di kalangan mereka juga menghantar virus bagi mengganggu sistem rangkaian komputer hingga menyebabkan kerosakan serius.
Di samping itu, kelebihan yang terdapat pada teknologi maklumat kini diperalat dengan mudah oleh pengganas dan kartel dadah. Mereka menyalahgunakan kecanggihan teknologi ini untuk menjalankan kegiatan yang mampu melumpuhkan masyarakat. Kita sedia maklum bahawa zaman maklumat semakin menghapuskan zaman perindustrian dan zaman pertanian, manakala globalisasi pula menerobos setiap penjuru dunia, sedangkan keselamatan merupakan satu agenda utama dan penting.
Tambahan pula, maklumat ialah bahan yang sangat berkuasa untuk menubuhkan atau menggulingkan sesebuah kerajaan dengan memperalat komputer dan rangkaiannya. Oleh sebab itu, keselamatan pada zaman maklumat masih lagi diragui lantaran wujudnya aktivis-aktivis tanpa sempadan ini yang dapat mengganggu sistem keselamatan.
Teknologi maklumat kini telah dieksploitasi dengan begitu rakus untuk mencapai pelbagai tujuan. Menerusinya, teknologi canggih internet ini telah digunakan untuk melaksanakan pelbagai jenayah tradisional dalam bentuk moden seperti memeras ugut, menipu, dan menyebarkan fitnah.
Fenomena ini amat menyedihkan kerana teknologi yang dibangunkan bersama-sama dengan arus kemodenan ini telah digunakan untuk merosakkan kehidupan manusia. Sekalipun dari sudut lain, teknologi maklumat membawa kemajuan dan kebaikan dalam hidup manusia, namun kewujudannya menghadapi pelbagai ancaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Biar Lambat Asal Selamat

peribahasa ‘Biar Lambat Asal Selamat’ membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baiknya.
www.karangan.pmr.com


                 Ada setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat sebarang pekerjaan. Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan akibatnya.

                 Sebagai menghuraikan peribahasa di atas , saya akan mengambil contoh seorang pemandu kenderaan. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju kerana dia ingin segera sampai ke tempat yang hendak ditujunya. Tanpa disedari, perbuatannya itu berbahaya kepada dirinya sendiri dan juga orang lain.

                 Sekiranya dalam perjalanan itu, sesuatu perkara yang tidak baik berlaku ke atas dirinya misalnya kemalangan , pemandu itu akan menyesal kerana perbuatannya itu. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu.

                 Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa selamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.

Masa Itu Emas

Masa itu emas" begitulah ungkapan yang selalu diucapkan oleh orang tua-tua kita.Ungkapan ini bermaksud bahawa masa itu amat berharga dan kita perlu bijak menggunakannya agar tidak kerugian.
www.karangan.pmr.com


      Antara perkara-perkaraberfaedah yang dapat kita lakukan untuk megisi masa lapang adalah membaca.Melalui pembacaan,kita akan memperoleh berbagai-bagai pengetahuan,maklumatdan pengalaman.Kita bolehmendapatkan buku melalui pinjaman daripada perpustakaan atau kawan,atau membelinya di kedai-kedai buku.Bahan yang boleh kita baca ialah surat khabar,majalah dan buku-buku cerita.      

       Selain itu,bersukan juga merupakan satu aktiviti yang dapat memenuhi masa kita.Bersukan juga boleh menjamin kesihatan tubuh badan kita.Bermainbadminton,bola sepak,dan sebagainya adalah antara aktiviti yang boleh kita lakukan semasa bersukan.    

        Menonton televisyen juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk megisi masa.Televisyen merupakan media elktronik yang boleh memberikan maklumat,pengetahuan dan hiburan kepada kita.Bahkan kita juga boleh mendapat nasihat dan pengajaran daripada sesetengah cerita atau rancangan yang disiarkan.    

        Disamping itu, sebagai pelajar,kita perlu menggunakan masa untuk mengulang kaji pelajaran.Pelajaran merupakan "harta" yang paling penting untuk kita bagi mencapai kejayaan pada masa hadapan.    

        Oleh itu,jelaslah bahawa kita perlu pandai menggunakan masa agar kita dapat hidup dengan lebih sempurna.Jadi,gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan jangan bazirkannnya.