Sunday, September 25, 2011

kebaikan belajar berkumpulan

Pada pendapat saya,belajar berkumpulan adalah satu perkara yang boleh dilakukan oleh pelajar.karangan ini diperoleh daripada blog www.scribd.com

Dialog
Sekarang waktu rehat. Saya dan kawan saya, Ali sedang makan sambil
berbual – bual mengenai kebaikan belajar secara berkumpulan.
: Belajar Secara Berkumpulan Lebih Baik daripada Belajar
Bersendirian.
Saya: Hai, apa khabar, Ali? Boleh saya duduk di sini?
Ali : Boleh, silakan.
Saya: Apakah yang menarik telah kamu pelajari pada hari ini?
Ali : Hari ini Cikgu Helmi mengadakan aktiviti perbincangan
mengenai kebaikan belajar secara berkumpulan.
Saya: Menarik tajuk itu. Adakah awak belajar secara berkumpulan.
Ali : Sudah tentu. Banyak kebaikan yang dapat kita perolehi dengan
belajar secara berkumpulan. Salah satu saripadanya ialah kita
boleh berbincang dengan rakan – rakan kita tentang topik yang baru. Melalui perbincangan kita dapat memahami sesuatu topik pelajaran dengan lebih berkesan. Selain itu, kita boleh
bekerjasama membantu rakan – rakan yang lain untuk lebih
memahami apa yang dipelajari.
Saya: Ya, saya setuju. Menjelang peperiksaan, belajar secara
berkumpulan lebih berkesan. Kita boleh membahagikan topik –
topik yang perlu dipelajari untuk dibincangkan bersama.
Ali : Betul itu, Ikhlas. Bayangkan sekiranya kita terpaksa
mengulangkaji semua topik pelajaran seorang diri. Tentu
membosankan.
Saya: Satu lagi kebaikannya ialah kita belajar dalam suasana yang lebih ceria. Selain itu, kita boleh saling bertukar pendapat dan pandangan dengan rakan – rakan.
Ali : Tadi, Cikgu Helmi ada menerangkan bahawa dengan belajar
secara berkumpulan dapat mengeratkan silaturahim kerana kita
saling membantu ibarat aur dengan tebing.
Saya: Secara keseluruhannya, banyak faedah yang kita dapat apabila belajar secara berkumpulan. Bukan sahaja kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan, bahkan kita juga dapat menjimatkan masa belajar. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Lagipun, jika dibandingkan dengan belajar bersendirian, belajar secara berkumpulan lebih efisyen dan efektif.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.
Ali : Eh, loceng sudah berbunyi! Mari kita kembali ke kelas.
Saya: Baiklah. Seronok berbual dengan kamu. Jumpa lagi.
POST   BY AININ
                   

No comments:

Post a Comment