Saturday, April 23, 2011

Kepentingan Menguasai Bahasa Malaysia

Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan di negara kita. Banyak faedah yang kita peroleh jika kita menguasai Bahasa Malaysia.

Bahasa Malaysia ialah bahasa perpaduan. Rakyat Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia untuk berhubung.

Selain itu, Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa ilmu. Kita perlu menguasai Bahasa Malaysia untuk menambahkan ilmu dalam pelbagai bidang.

Jika kita menguasai Bahasa Malaysia dengan baik, kita dapat menghasilkan penulisan bermutu. Misalnya, kita boleh menghasilkan sajak, cerpen, novel dan sebagainya. Kita juga boleh menjadi penulis untuk menambah pendapatan.

Dengan lain kata, Bahasa Malaysia memberi banyak kebaikan kepada kita. Kita perlu menguasai Bahasa Malaysia dengan baik.

2 comments: