Saturday, June 11, 2011

PIDATO=Kepentingan Budi Bahasa Dalam Kehidupan

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata :
“Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya intelek tetapi kaya
Dengan sikap berbudi bahasa”

Salam perpaduan bertatahkan intan kemesraan saya ucapkan kepada Tuan Peneraju
Majlis, barisan panel juri nan bijak bestari, penjaga masa yang setia dengan detik
waktunya, dan seterusnya kulasentana dewan yang ceria di hati tinggi pekerti.

Kulawarga dewan yang saya muliakan,
Mauduk pidato yang akan saya sampaikan ialah “Kepentingan Budi Bahasa Dalam
Kehidupan”. Budi bahasa didefinisikan kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan
tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,
dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik
terhadap orang lain sebagai peribadi maupun pergaulan masyarakat terangkum dalam
konsep budi bahasa.

Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala
tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang
dikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan insan yang
mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional Negara kea rah wawasan 2020.
Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di
sekoleh-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan mereka.

Kulawangsa dewan penggerak wawasan,
Lontaran idea pertama, nilai budi bahasa penting dalam kehidupan untuk melahirkan
insan yang berakhlak mulia.Penerapan nilai budi bahasa yang kukuh akan melahirkan
ummah yang berakhlak mulia. Iman al-Ghazali mengatakan “apabila kamu hendak
mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah
pada wajah”. Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia
menjadi tali pengukur kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat
dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini,
bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak diterapkan dengan nilainilai
budi bahasa sejak di bangku sekolah nescaya mereka akan menjadi generasi yang
akan merugikan negara pada masa kelak. Ingatlah bahawa falsafah hidup yang
bertunjangkan budi bahasa pada diri akan mencerminkan susana kehidupan yang harmoni
di Malaysia.

Kulasentana dewan, kluster ilmuan,
Lontaran idea kedua, nilai-nilai budi bahsa penting dalam kehidupan untuk membentuk
masyarakat yang taat dan takwa kepada pencipta serta bepegang teguh kepada ajaran
agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan syumul yang sentiasa patuh
kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai berbudi
bahasa yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak.
Insan yang beragama akan menjadi insan yang bertanggungjawab, beriman, dan tahu
bersyukur. Tambahan pula, nilai budi bahasa yang berpaksikan agama penting untuk
membentuk masyarakat yang bersatu padu agar kita tidak diibaratkan umpama kambing
kecil, meretak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi.
Intihanya, nilai budi bahasa amat penting dalam kehidupan kita yang kian sarat diasak
oleh pelbagai permasalahan sosial pada hari ini. Profesor DiRaja, Ungku Aziz berkata,
“Malaysia yang aman dan damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidak
bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka.
sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment