Thursday, June 9, 2011

SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA

Semangat cinta akan negara bolehlah dikaitkan sebagai satu perasaan mengutamakan negara dalam tindakan seseorang itu. Memang sudah ada banyak pendant yang mengatakan bahawa pelajar kini semakin kurang semangat cinta akan negaranya itu. Jadi, apakah punca-punca yang membawa masalah ini berlaku?

Sudah pasti punca yang utama ialah kempen mengenai semangat ini jarring disiarkan oleh pihak media massa kita. Ketiadaan kempen ini membuatkan pelajar menganggap semangat ini tidak wujud atau penting dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya, tanpa kempenlah semangat cinta akan negara terus hilang daripada naluri pelajar kita.

Pada masa yang sama, kegagalan ibu bapa untuk mendidik juga menjadikan masalah ini terus menular dalam jiwa pelajar. Orang tua pelajar tidak mengambil inisiatif untuk menjelaskan aspek nasionalisme dalam jiwa anak mereka kerana terlalu sibuk bekerja atau mereka sendiri tidak melihat semangat itu sesuatu yang penting untuk diterapkan kepada anak mereka. Maka, ibubapalah yang bertanggungjawab untuk menerapkan semangat ini tetapi gagal.

Selain itu, kehidupan mewah yang dialami oleh pelajar telah membawa mereka sukar untuk memahami erti kepayahan dan pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang negara suatu masa dahulu. Kebanyakan pelajar yang ada sudah lahir ketika negara merdeka malah kemajuan economi juga telah berjalan lancar. Keadaan ini membawa pelajar tidak boleh memahami sebab mereka harus berkorban demi negara kerana kehidupan mewah itu telah menutup jiwa mereka.

Malah, masalah ketiadaan semangat ini juga dikaitkan dengan kurangnya minat pelajar terhadap subjek Sejarah. Banyak yang melihat subjek ini sebagai membosankan dan tidak memberi apa-apa kesan buat masa deepen mereka. Jadi, kegagalan untuk melihat kepentingan subjek Sejarah telah membawa pelajar itu gagal memahami kepentingan untuk memiliki semangat nationalisme dalam naluri mereka.

Kesimpulannya, semua punca tadi memang berlaku dalam jiwa pelajar kita sehingga mereka tidak lagi memiliki sikap cinta akan negara ini. Kerjasama semua pihak terutama pelajar sendiri amat diperlukan agar semangat ini boleh dipupuk semula. Peribahasa 'biar putih tulang jangan putih mata' membuktikan betapa pentingnya kedaulatan negara itu kepada seseorang.

No comments:

Post a Comment