Wednesday, October 5, 2011

ciri - ciri kawan yang baik

Kawan adalah satu insan yang sangat rapat dengan kita.Dialah yang selalu berkongsi masalah engan kita tidak kira apa yang kita lalui.karangan ini diambil daripada blog www.yunnysa.com


CiRi-CiRi SaHaBaT YaNG BaiK

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

• Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
• Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
• Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
• Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


p/s: Sebagai remaja yang jauh daripada pandangan ibu bapa, berhati-hatilah dalam memilih kawan.Kawan boleh membahagiakan kita tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

No comments:

Post a Comment