Monday, October 3, 2011

kebaikan membaca novel

Kesimpulannya membaca novel ialah kita boleh menambah ilmu pengetahuan dalam cara-cara menulis karangan.Tidak dinafikan membaca novel juga mempunyai keburukannya sendiri.

Diambil daripada=cikgurazak.biogspot.com



Rabu, 4 November 2009


karangan :kebaikan membaca novel

Novel sudah menjadi satu perkara penting dalam kehidupan remaja. Biasanya remaja suka membaca novel yang berunsur cinta.
Jelaskan kebaikan-kebaikan dan keburukan membaca novel.
Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai isu dan ragam kehidupan manusia.Ada novel yang bertemakan kemanusiaan , kasih sayang , semangat patriotik dan sebagainya.Pada pihak remaja , sesuai dengan umur mereka , novel bertemakan cinta aspek penting dalam kehidupan remaja terutama novel berunsur cinta yang mengasyikkan jiwa remaja. Persoalan yang timbul ialah membaca novel mampu membawa impak positif dan negatif yang harus diberi perhatian oleh semua pihak.

Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu sememangnya berkaitan dengan isu semasa bercorak realiti dan ini memberi satu bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja. Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang mudah difahami tetapi dibentangkan dalam bentuk cerita yang lebih kreatif dan bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel yang dibaca semakin luaslah minda remaja.
Amalan membaca novel ini turut menjadikan seseorang itu lebih memahami konsep sastera dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa , perbendaharaan kata atau pemilihan diksi oleh penulis sudah pasti akan memberi satu rangsangan kepada pembacanya. Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil naluri pembaca untuk merasai perkembangan cerita secara berterusan menuju ke klimaks dan penamat cerita . Sudah pasti ianya membolehkan pembacanya memiliki koleksi kosa kata yang banyak.
Malahan, aktiviti membaca novel membolehkan seseorang itu menghabiskan masa senggangnya dengan lebih berfaedah. Pembacaan novel memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian sepenuhnya untuk satu jangka masa yang panjang. Biasanya sehari atau mungkin beberapa hari diperlukan untuk menghabiskan sesebuah novel itu. Jadi, membaca novel menyebabkan masa remaja dihabiskan dengan baik tanpa melibatkan kegiatan yang kurang berfaedah.
Namun, pembacaan genre sastera ini turut membawa kesan buruk iaitu mengabaikan tugas sebagai pelajar. Masa yang panjang untuk membaca novel menyebabkan pelajar akan melupakan tanggungjawabnya untuk belajar atau membuat kerja sekolah yang penting itu. Masalah ini semakin kronik apabila remaja itu membaca lebih banyak novel dalam tempoh yang lama. Kesannya, pencapaian pelajar terbabit mungkin akan terus merosot terutama ketika peperiksaan utama umum diambil oleh mereka.

Kesimpulannya, membaca novel memang baik tetapi impak buruknya turut wujud. Seseorang remaja itu perlulah pandai menilai dan memilih jenis novel yang sesuai dengan usia mereka.Pembacaan yang meluas dalam kalangan remaja turut membina satu kelompok remaja negara yang berpengetahuan luas dan memiliki pemikiran yang kritis
POSTED BY=Nur Hafifah

No comments:

Post a Comment