Monday, October 3, 2011

puisi klasik

pada pendapat saya,puisi dapat mengubati jiwa kita yang sedang menghadapi masalah.ianya kerana puisi itu sangat indah.
diambil daripada=www.ingaterous.com.


Semalam ibu dekat kampung
merindu anaknya berminggu dan berbulan
menelefon ingin berbicara hendak bertanya khabar
pada anak yang lama dirinduinya
deringan berbunyi tiada pernah diangkat
sms dihantar tiada jawapan
telefon dipejabat
sekretari menjawab
dalam mensyuarat
ditinggal pesanan
masih diam membisu
Ibu tekad dengan menaiki bas malam
sejuk hawa dingin membaluti tubuh tua
datang menjenguk ke ibu kota
berbekal alamat mengenggam ditangan
membaca beribu kali
ternamapak wajah anak..
Sampai kerumah anak waktu pagi
sesudah subuh dengan teksi
ditekan loceng beberapa kali
pintu dibuka seorang gadis manis
bertanya siapa yang tercegar dipagar
ibu pada seorang anak lelaki
Anak lelaki keluar bersama seluar pendek
dijemput ibu kedalam rumah
dipelok tubuh ibu dan cium pipi
berlinang air mata ibu
rasa puas melepas rindu
Tapi siapa gadis misteri
dia bukan siapa-siapa malah bukan isteri anak ibu ini
dia gadis yang dberitahu
pada ibu sebagai hanya kawan yang belum kawin
yang tidurnya satu kamar berguling-guling saban waktu malam hari..
berkesedudukan dah masuk lima bulan ini
Tangisan ibu semakin menjadi
anak yang dirindui hidup cara ini
tak malukah pada tuhan yang pemberi rezeki
tak malukah pada umat islam disini
marah ibu tua lagi
Ibu tua yang rajuk
tiada siapa lagi yang akan dapat memujuk
mengangkat beg pakaian terus melambai teksi
ibu yang rajuk
dengan linangan air mata tanpa henti
terus balik ke kampung mengubat hati sendiri
~ Ria Darwina

1 comment: