Monday, October 3, 2011

sahabat

Pada pendapat saya sahabat merupakan kawan yang berkongsi apa saja dengan kita.Sahabat tidak boleh kedekut ia akan mengakibatkan kawan itu sakit hati. karangan ini diambil dari blog skdarau.tripod

Sahabat adalah ibarat
    butir-butir pasir di tepi pantai,
sahabat sejati adalah ibarat mutiara
    di antara butiran pasir itu....
tuai padi antara masak
    esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
    esok jangan rindu-rinduan
Salam buat seorang putera
    Putera tabah hadapi dugaan
Pantun One bukan mendera
    Bukan juga merampas puteri idaman
Mengapa dihiba mengapa ditangis
    Mengharap One menjaga sang puteri
One sendiri macam nak nangis
    Kerana sang putera membawa diri
Usah risau One takkan rebut
    Kecuali Liana buat pilihan
Tak kiralah apa yang Shah nak sebut
    Puteri Shanghai atau puteri idaman
mandi hujan tak takut basah
    tapi saya takutkan paya
hati saudari nampaknya resah
    mungkinkah masih tidak berpunya
Orang di hulu kampung nan lama
    tempat menjala ikan pelata
ihkrar setuju hidup bersama
    tapi berubah apabila jauh di mata.
Jikalau merpati sudah terikat...
    jangan putus ikatan benang
jikalau hati sudah terpikat
    lekas-lekaslah masuk....
Kota nan kukuh di Inderagiri
    Jadi bualan jadi sebutan
Sekian lama menyepi diri
    Rupanya mimpi bersama bulan
Bulan purnama elok menyinar
    Di balik awan nampak berbalam
Cinta nan syahdu sudah tersebar
    Tersenyum daku siang dan malam
Bijak pendita bermain kata
    Di sana sini nama bersemadi
Cinta manusia ciptaan kita
    Cintakan Allah kekal abadi
Andai Rajuna berwajah anggun
    Seluruh pelusuk telah tersiar
Tersirat di hati bagai terpegun
    Bulan di tangan kenapa disambar?
Tuai padi sebelum masak
      Sireh junjung buat pinangan
Ku cuba intai tapi tak nampak
      Jadilah hamba rindu bayangan
Memasang lukah diTanjung Jati
   Dapat seekor siikan sepat
Ikatanmu bagai rambut tersimpul mati
   Bahagia hendaknya sepanjang hayat
Harum semerbak bunga kemboja
   Ditanam orang atas pusara
Harap lina tak mengikut rasa
   Bimbang diri yang akan sengsara
Dua tiga kucing berlari
  Mana sama si-kucing belang
Dua tiga boleh ku-cari
  Mana sama abang sa-orang
Tinggi tinggi mata hari
    Anak kerbau mati tertambat
Sudah lama saya mencari
    Baru sekarang saya mendapat
Kalau roboh Kota Melaka
    Papan di-Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai di-kata
     Badan nyawa saya serahkan
Belajar di UK tajaan MARA,
    Tahun Lima kursus senibina,
Apakah sebab wahai saudara?
    Tak pernah jumpa tidur tak lena?
Laksamana Hang Tuah lima bersaudara,
Pergi ke Pahang mencari Tun Teja,
Wahai Cik Adik...saya nak tanya
Apakah ubat hati yang lara?
Apa sebab apa kerana,
Berselisih selalu bersapa tiada,
Ada sebab , ada kerana,
Yang selalu tersua, sudah berpunya...
Azni ko gi kedai jap beli gula,
omak nak buat puding dan sekaya,
bukannya ape nak isi perut ko juga,
jangan duk asyik main internet saja.....
mak oo mak,kan kerajaan dah kata,
kurangkanlah penggunaan gula,
kena kencing manis kang naya kita,
penyakit jantung pun menjelang tiba,
he he he satu lori satu kereta,
hek eleh ko ni Azni ada2 saja,
kalau dah malas tu jangan nak beri alasan pula,
kalau bil tipon naik ko jaga2,
aku tak bayar melopong saja....
kurangkanlah makan gulaa aaa aaaa aa
Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang puyuh berlari
Kalau kupinang, pinang tak dapat
Kupujuk-pujuk, ku bawa lari
Biar senang puyuh berlari
Pinang ditanam rapat-rapat
Mengapa mesti dibawa lari
Bukankan baik mengikut adat?
Pinang ditanam rapat-rapat
Agar dapat puyuh berlari
Kalau sanggup melanggar adat
Tak usah kahwin hingga ke mati
Agar puyuh dapat berlari
Makan pinang ditanam rapat
Adat melayu jangan cemari
Kalau berusaha pastikan dapat
Maka pinang ditanam rapat
Puyuh kini berlari-lari
Samalah kita menjunjung adat
Tunggak budaya semai dihati
Relekslah brader kitakan kawan
Berpantun kita terus meriahkan
Takkanlah sampai nak hilang kawan
Kerana kekasih sahabat diketepikan?
Kitakan teman di alam siber
Pantun jangan ada yang "heart feeling"
Jalinkan akrab sebagai "member"
Ramaikan kawan itu yang penting
Madah tersusun berseri indah,
Laksana permata berkilauan cahaya,
Ku kumpul sinarnya penyeri rohani,
Masa berpantun ku tamatkan sudah,
Jemputlah One dan sesiapa juga,
Ke ambang maya Laman ku ini.
Kuntum Kemboja di celah dahan
Bersih Pelupuk Kuntum Melati
Rindu di hati tiada tertahan
Biarlah hamba mengundur diri
Kutanam-tanam padi seladang
Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa yang terluang
Salam hormat berjumpa lagi
Bertudung biru si anak dara
Tersenyum riang di Taman Kayangan
Bahasa Melayu pujaan pujangga
Khazanah lama kita kembalikan
Bunga angsana terbang melayang
Hinggap sebentar di tepi kali
Hendak ku buang terasa sayang
Budaya Bangsa ku sanjung tinggi
Manikam Biru indah menawan
 Kemilau cahaya di balik tasik
Walaupun silih zaman berzaman
Semakin berpantun semakin asyik
Seroja mekar harum baunya
 Segar setaman berseri seri
Tuan Kirana apa kurangnya
Pantun Tuan menarik hati
Layang-layang terbang melayang
  jatuh kelaut disambar todak
mulut saja berkhabar sayang
di dalam hati satu pun tidak
Persada pantun menjadi saksi
pantun ku jual harap di beli
Simpuh jebat beriring rodat
serakah menerja merentas kertasa
ampuh sejagat beranyam beradat
ancamkah remaja beralas bahasa?
Start dari hulu,
Main tarik upih,
 Tak baik ngata orang,
Tengok kita dulu,
 Apa kita rasa lebih?
buat rumah di atas pokok,
jangan pula pokok ditebang.
kalau tuan ada rokok,
 aku ingin minta sebatang.
Jajahan takhluk amat dihormati
   Puteri nan elok bersopan santun
Alang kepalang gembiranya hati
   Melihat KIRANA mula berpantun
Berita Puteri jadi sebutan
   Bagai kan kuntum kembang menyinar
Andai benar ku buat telahan
   Padamu KIRANA banyakkan sabar
Orang di hilir bertanam padi
    Orang di hulu bercengkerama
Andai Bulan dibawa pergi
    Pengganti yang baru pasti menjelma
Terbang kenari bersama-sama
   Singgah berteduh di untai rami
Jangan dikenang Bulan yang lama
   Mentari kan bersinar menerang bumi
Ulik-ulik mayang di laman
   Ulik berseri bila bersama
Jangan lagi bermimpikan Bulan
   Gantikan ia dengan Purnama
KIRANA...barang yang lepas usah dikenang
Negeri Kedah kaya dengan padi,
Padi dieksport kebanyakan negara,
Jika Azni ada yang sudi,
Sambutlah salam kenalan dari saya.
Anak keling main congkak,
Main congkak punya pelan ,
Boleh saya tumpang bertanya,
Sudi tak u all semua nak berkenalan,
Bunga cengkih di pulau india
     Belanda kayuh membuat rempah
Siapalah tahu wajah sidia lawa
     Bagaikan bunga didalam tong sampah
sorong papan
tarik papan
salam perkenalan
sebagai permulaan
Masak nasi padi huma
   Makan bersama ulam pegaga
Hidup didunia sementara cuma
   Apakah persediaan azni untuk ke Syurga ?
Wahai saudaraku yang kukasihi
awasilah diri di zaman ini
tipu pedaya umpat dan caci
subur dan mekar di saat ini
Wahai saudaraku ingat mengingati
tiada gunanya meninggi diri
umpat dan caci harus dijauhi
kerana ia merosakkan diri
Ikhlaslah dalam perbuatan
janganlah ada muslihat terismpan
mengambil kesempatan atas kelemahan
insan ditindas mencari kemewahan
Binalah kasih di antara kita
fitnah memfitnah haruslah tiada
gembiralah bersama ceria aman dan bahagia
bantu membantu berlaku seadilnya
Wahai saudaraku yang kukasihi
marilah mendidik hati nurani
supaya kelak hidup disayangi
malah hadirmu bukan dibenci
Lompat-lompat tali,
lompat cepat-cepat,
hidup biar berilmu,
diri sentiasa selamat.
Kalau roboh Kota Melaka
      Papan diJawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
     Badan dan nyawa saya serahkan
Encik Dollah pergi ka-Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezki datang
Indra Giri pasir nya lumat
Kerang bercampur dengan lokan
Ibarat Nabi kasihkan umat
Begitu saya kasihkan tuan
Pulau pandan jauh de-tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan di-kandung tanah
Budi yang baik di kenang juga
Kapal kecil jangan di-belok
Kalu di-belok patah tiang nya
Budak kecil jangan di pelok
Kalau di-pelok patah tulang-nya
Pisang emas di-bawa belayar
Masak sabiji di-atas peti
Hutang emas boleh di-bayar
Hutang budi di-bawa mati
Pokok sireh daun-nya layu
Tumbuh di-bawa pohon kelapa
 Semua pandai bercakap Melayu
Awak sa-orang tak tahu apa
sepak cikgu ditepi kantin
tumbuk ustaz sampai pengsan
amalkan makanan yg penuh protein
baru terjamin akan kesihatan
ajak kawan merompak kedai
ikat kuli bersama tokeynya
janganlah suka duduk bersidai
tolonglah ibu menyiram bunga
marilah kita bermain judi
tak ada duit gadaikan tanah pusaka
janganlah tuan menjadi kaki judi
kelak hidup akan binasa
hisap ganja bersama kawan
lepak disko sampai pagi
buku pelajaran jangan dilupakan
agar kemudian tiada rugi
bunuh kambing dibawah tangga
bakar rumah ketua kampung
tolong menolong jiran tetangga
hidup berkat ugama dijunjung
tumbuk sepak tempeleng dan terajang
patahkan kaki dia biar lumpuh
muda mudi marilah berjuang
membina negara bangsa yang ampuh
Ramai orang bercerai-berai,
Paling ramai orang Kedah,
Bulan Ramadhan paling sesuai,
Untuk postgrads jemput ke rumah
JIhad perwira pembela nusa,
Ibu pertiwi tiada dua,
Sudah lumrahku insan biasa,
Salah dan silap, kira settle le...
Kapal layar dipukul arus,
      Terus belayar ikut pedoman,
Pantun Melayu hidup terus,
Tidak kalah dilambung zaman.
Kayu cendana di atas batu,
Sudah diikat dibawa pulang,
Adat dunia memang begitu,
      Benda buruk memang terbuang.
Buah ganja makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu,
Barang kerja hendak difikir,
Supaya jangan mendapat malu.
Ngun Syah Betara Sakti,
Panahnya bernama Nila Gandi,
Bila emas banyak di peti,
Sebarang kerja boleh menjadi.
Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali,
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.
Kalau tuan mengail ikan,
Jangan mengail ikan sepat,
Bukankah dulu saya berpesan,
Pokok-pokok berduri jangan dipanjat.
Tempat bermain Indera Mengindera,
Bersama dengan hulubalang delapan,
Datang masa rebutlah segera,
Jika tidak putus harapan.
Ketua-ketua raja duduk,
Jangan ditimpa papan,
Diketahui ganja itu mabuk,
Apakah sebab maka dimakan?
Di hilirnya Kampung Keloka,
Bertentang dengan Tebing Tinggi,
Di negeri kita semuanya ada,
Asalkan sanggup berdikari.
Mangkuk jorong pinggan pun jorong,
Sejorong berisi buah jati,
Dua tiga kata terdorong,
Jangan dibawa masuk ke hati.
Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar ke pokok kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada saudara ibu dan bapa.

Menulis surat di dalam gelap,
Hurufnya salah banyak tak kena,
Jagalah diri jangan silap,
Jikalau silap dapat bencana.
Jeragan mudik ke Sekukuh,
Dengan sampan muat berdua,
Jangan asyik berpeluk tubuh,
Perbuatan itu membawa lara.
Ambil kain dibuat sumbu,
Nasi santan dibuang-buang,
Jangan dibuat seperti tebu,
Air ditelan hampas dibuang.
Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati dan bunga pandan,
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
Jangan gergaji pokok talas,
Nanti lesung dimakan pahat,
Jangan menjadi orang malas,
Perut kosong badan tak sihat.
Jangan dibuka pintu lukah,
Jika dibuka ikan meluru,
Jangan suka mencari salah,
Salah kita baiki dahulu.
Buah berangan dalam kota,
Direndang orang tengah hari,
Jangan tuan kata-mengata,
Takut menimpa hidung sendiri.
Gunung Daik nampak berjajaran,
Nampak dari segala pekan,
Jikalau baik ambil akan pelajaran,
Jikalau jahat segera buangkan.
Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang,
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap sepatah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Melangir keris pusaka hikmat,
Keris sejarah sejak bahari,
Kalau gadis ingin selamat,
Jangan murah menjual diri.
Dayung perahu tuju haluan,
Membawa rokok bersama rempah,
Kalau ilmu tidak diamalkan,
Ibarat pokok tidak berbuah.
Pergi ke hulu membawa angsa,
Angsa berasal dari seberang,
Kalau mahu hidup sentosa,
Jangan dengar umpatan orang.
Jika dilurut padi masak,
Jatuh ke tanah berderai-derai,
Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai.
Kerana apa binasa badan,
Kalau tidak kerana paku,
Kerana apa binasa badan,
Kalau tidak kerana laku.
Terang bulan bintang berjajar,
Kapal belayar di laut Jawa,
Murid budak wajib belajar,
Bila besar tidak kecewa.
Orang haji dari Jeddah,
Buah kurma berlambak-lambak,
Pekerjaan guru bukanlah mudah,
Bagai kerja menolak ombak.
Subur tumbuhnya pohon kelapa,
Buahnya banyak bertali-tali,
Turutlah kata ibu dan bapa,
Takbur jangan sekali-kali.
Payung perahu tuju haluan,
Membawa rokok dan juga rempah,
Kalau ilmu tidak diamalakan,
Ibarat pokok tidak berbuah.
Daripada Sharil Azhar
Ada hulu ada mata,
Dari besi asalnya diri,
Senjata terkenal dahulu kala.
Untuk pertahan bala diri,
Daripada Raizatul
Awak kata itik,
Saya kata ayam,
Sudah kena jentik,
Baru nak diam.
Daripada Norafifah
Bunga melati bunga raya,
Diletak ia di dalam sampan,
Rukun Islam lima perkara,
Jangan pula kita lupakan.
Daripada Hafizul
Membasu kain di tepi sungai,
Teman pula seekor buaya,
Jika ingin menjadi pandai,
Bacalah buku setiap hari.
Daripada Enfendy

Burung saya cantik sekali,
Pandai pula bergurau senda,
Nasihat guru perlu dipatuhi,
Supaya tidak dipandang hina.
Daripada Imanuddin
Murid beratur masuk ke kelas,
Apabila ditegur jangan terasa,
Waktu belajar rajin dan cergas,
Amalkan ia setiap masa.
Daripada Norsuhada
Ceng ceng gula batu,
Bunyi loceng pukul satu,
Ceng ceng gula batu,
Hari ini hari Sabtu.
Daripada Ahmad
Bunga melati banga raya,
Di letak di dalam sampan,
Rukun Iman lima perkara,
Jangan pula kita lupakan.
Daripada Mohd. Eddy
Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Kalau tuan hendak beli belilah yang nenek,
Kalau awak hendak pergi jangan pergi dengan belayar.
Daripada Nurul Azimah
Dari Ipoh ke kampung Jawa,
Hujan lebat sampai ke Segamat,
Orang yang gopoh selalu kecewa,
Biar lambat asalkan selamat.
Daripada Hazwanee
Barang kemas jangan digadai,
Orang malas mesti diajar,
Jika mahu menjadi pandai,
Kita mestilah rajin belajar.
Daripada Nurul Shuhada
Cuaca panas diliputi awan,
Langit terang hingga ke senja,
Bukulah teman bukulah kawan,
Amalan orang yang bijaksana.
Daripada Norshazliza
Setiap hari membasuh kain,
Membasuh kain di tepi kedai,
Membaca buku mestilah rajin,
Agar kita menjadi pandai.
Daripada Nazdie
Ke pantai bapa membawanya,
Tanjung bunga cantik pantainya,
Pasir putih jernih airnya,
Batu besar indah nampaknya.
Daripada Nurul Azella
Perahu di dayung menuju pasar,
Sarat berisi pala dan rotan,
Cari guru tempat belajar,
Tidak menyesal kemudian hari.
Daripada Khairul Azwan
Petang hari menjual jamu,
Jamu dijual dekat sampan,
Mencari ilmu usahkan jemu,
Biarpun jauh di sebarang lautan.
Daripada Azmi Erip
Pergi ke kedai membeli durian,
Mari dimakan bersama ibu,
jika adik inginkan pengetahuan,
Jangan lupa membaca buku.
Daripada Nurliyana

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Daripada Norezan
Puan Rosnah pergi ke pasar,
Pergi ke pasar bersama Ani,
Kalau Cik abang sangat pandai,
Buah apa yang banyak isi ?
Daripada Siti Safra
Sirih diijunjung untuk dijual,
Bila petang semuanya laku,
Boleh didengar tidak boleh disoal,
Cuba teka apakah diriku ?
Daripada Norfatia Atieka
Dari Muar pergi Melaka,
Pergi ke Melaka menaiki kereta,
Cubalah tuan cubalah teka,
Buah apa yang banyak mata ?
Daripada Norhidayah
Buah ciku dimakan tupai,
Jatuh sebiji di atas batu,
Kalau mahu menjadi pandai,
Rajin-rajin membaca buku.
Daripada Khadijah
Kepada keluarga perlu dibantu,
Agar tidak kecewa nanti,
Taat kepada ayah dan ibu,
Ke dalam Syurga balasan nanti.
Daripada Suria
Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang,
Orang tamak selalu rugi,
Macam anjing dengan bayang-bayang.
Daripada Siti Munirah
Angin bertiup ke pantai Segamat,
Laut tenang menjadi gelora,
Tabahkan hati teguh semangat,
Untuk berjuang membela negara.
Daripada ?
Pergi ke kedai menaiki kereta,
Singgah sebentar di tepi kali,
turunlah kata badan bapa,
Sombong jangan sekali-kali.

No comments:

Post a Comment