Monday, October 3, 2011

kesan mengedar dadah

Kini,gejala mengedar dadah sangat berleluasa di negara kita.terdapat beberapa kesan akibat mengedar dadah ini.karangan ini diperoleh daripada blog www.faisunan.com






By , June 11, 2011 4:28 pm KUALA LUMPUR: Usaha polis memerangi kegiatan pengedaran dadah kini bertumpu kepada gerakan menangkap pengedar kecil yang dikesan menjadikan kawasan awam sebagai lokasi mencari pelanggan.
Dalam Ops Tapis Bersepadu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan Gombak di Pasar Borong Kuala Lumpur, pagi semalam, lapan suspek berjaya ditahan manakala sejumlah dadah dirampas.

Operasi empat jam, bermula 5 pagi, itu diketuai Pegawai Risikan dan Operasi BSJN IPD Sentul, Asisten Superintendan Mohd Najib Abdul Rahim serta dibantu 16 pegawai dan anggota dari kedua-dua IPD.
Menurut Mohd Najib, risikan dan pemantauan sentiasa dilakukan di pasar berkenaan bagi mengesan kegiatan pengedaran dadah dan mengenal pasti modus operandi yang diguna pengedar kecil di situ.

“Kebanyakan pengedar dadah di sini adalah warga asing yang juga bekerja sebagai pengangkat barang di pasar, dan menjalankan aktiviti pengedaran sebagai mata pencarian tambahan.

“Antara modus operandi yang mereka guna ialah menunggu dan menyapa orang ramai yang melalui beberapa lorong sekitar pasar sebelum menawarkan dadah.
“Selain itu, mereka menggunakan beberapa tanda isyarat seperti meletak penyedut minuman di telinga dan memegang pemetik api bagi dikenali pelanggan,” katanya di sini, semalam.

Katanya, dalam operasi yang dijalankan, polis berjaya menahan tiga suspek warga tempatan, empat Myanmar serta seorang warga Indonesia dan semuanya berusia 25 hingga 40 tahun.
Hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek berjaya menemui beberapa paket dadah, dipercayai heroin yang dianggarkan seberat 5.8 gram, manakala ujian air kencing turut mendapati enam suspek positif dadah.

“Pengedar kecil sentiasa berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan bersilih ganti tapi kita sentiasa memantau situasi ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment