Sunday, October 2, 2011

pantun merdeka

Pantun kemerdekaan amat penting untuk kita lebih menghargai kemerdekaan.Ini juga untuk memupuk semangat patriotik.Justeru pantun ini penting untuk kita lebih semagat kemerdekaan.
diambil daripada=latiptalib.bogsport.com

PANTUN MERDEKA

   Bendera berkibar di rumah Pak Agos
    Di halaman rumah pasang pelita
    Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos
    Tarikh kemerdekaan negara kita.


    Bersyukur menjadi rakyat Malaysia
    Bumi bertuah indah permai
    Empat Puluh Tujuh tahun kita merdeka
    rakyat hidup aman damai


    Setiap tahun menyambut merdeka
    Jalur gemilang berkibar megah
    Sejarah negara jangan dilupa
    beratus tahun kita dijajah.


    Kaum melayu, Cina dan India
    Hidup sejahtera bersatu padu
    Jasa pemimpin jangan dilupa
    rakyat terbilang negara maju.


    Para pemimpin silih berganti
    Kini Pak Lah di tampuk kuasa
    Kita isi kemerdekaan ini
    membina peradaban negara tercinta.


    Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat
    Bersama kita menyambut merdeka
    Bersatu berazam penuh semangat
    Mari pertahankan kemerdekaan kita.

posted by=durratul

No comments:

Post a Comment

Post a Comment